Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa ilmu ada dua; pertama ilmu fiqh dan kedua ilmu perubatan. Ilmu fiqh merupakan ilmu yang bertujuan mengenali hukum-hakam syariat bagi memastikan seseorang itu sihat mental, manakala ilmu perubatan pula adalah ilmu yang mengenali kaedah-kaedah kesihatan memastikan seseorang itu sihat fizikal. Kedua-dua ilmu ini hendaklah berjalan secara bersamaan bagi memastikan seseorang itu sihat fizikal dan sihat mental.
Malah Al-Quran Al-Karim sendiri telah pun banyak mengemukakan pelbagai kaedah-kaedah perubatan-perubatan bagi memastikan seseorang itu sihat fizikal dan mental. Kaedah-kaedah inilah yang sebelum ini pernah menaikkan nama Ibnu Sina dan Al-Razi misalnya sebagai sarjana perubatan muslim terkemuka di dunia harini ini. Apakah persepsi al-Quran mengenai perubatan? Sejauh manakah al-Quran menyuruh umatnya membuat kajian dan penelitian dalam dunia perubatan? Apakah kaedah-kaedah perubatan yang telah pun diperkenalkan Al-Quran?
Buku ini menyajikan kemukjizatan ilmu perubatan dalam Al-Quran Al-Karim yang tentunya pembaca akan memperoleh meklumat baru berkaitan dengannya sekaligus mendorongnya memperdalam lagi mereka yang menceburi ilmu perubatan.