Do’a dan zikir bagi seorang mukmin adalah-1 merupakan senjata yang sangat ampuh dalam mengatasi berbagai persoalan yang dihadapi, di samping sebagai sarana untuk mencapai ketenangan dan ketenteraman di dalam hati.
Banyak sekali permasalahan yang tidak dapat diatasi dengan usaha secara fizikal, tetapi dengan mudah dapat diatasi dengan berdo’a. Kerana itu, Nabi Shallallahu wasallam telah menyeru kepada umatnya supaya membiasakan amalan berdo’a. Adalah sungguh sombong orang yang tidak mahu berdo’a.
Buku Himpunan Do’a dan Zikir ini adalah untuk membantu memudahkan saudara-saudara yang seiman dalam berdo’a dan berzikir kepada Allah.