Hikmah Terapi Puasa

RM6.00

Tajuk Asal : At-Tadawi bi as-Saum

Diterjemah Oleh : Mohd Basri bin Yusof

Disemak/Edit: Ustaz Zairul Mat Zain (IIUM)

Muka Surat: 127

Availability: In stock

SKU: 9789675115110 Categories: ,

Dalam Islam, sesungguhnya setiap ibadat yang diwajibkan ke atas para penganutnya ada hubung kait  dengan kehidupan dan kemaslahatan mereka. Begitulah ibadat puasa sama ada yang wajib mahupun sunat mempunyai kelebihan tersendiri dari segi ganjaran pahalanya, malah boleh menjadi ubat yang mujarab bagi pelbagai jenis penyakit.

Amalan berpuasa sebenarnya menyediakan ruang dan daya kekuatan supaya kita dapat menajamkan fokus (daya tumpuan), meningkatkan daya fikiran dan kreativiti minda serta menguatkan spirit/ruhani bukan sahaja akan merehatkan organ perut setelah sekian lama bekerja memproses makanan. Apabila rasa lapar dan dahaga dapat diatasi dengan kekuatan-kekuatan tersebut, maka zat-zat makanan yang kebanyakannya telah tersimpan di dalam organ hati dapat ditukar menjadi tenaga.

Amalan terapi/rawatan penyakit ketika berpuasa mempunyai rahsia kekuatan penyembuhan sebanyak sembilan kali ganda berbanding kaedah yang lain. Penyakit yang sangat berkesan untuk disembuhkan dalam proses yang juga dipanggil pembersihan hati ini adalah seperti Hepatitis, penyakit berkaitan pembuluh darah, tekanan darah tinggi, radang usus dan sebagainya.

Namun, tidak semua orang menyedari manfaat puasa. Masih ada lagi masyarakat kita yang tidak menjalani ibadat ini. Dengan membaca buku ini dapat meleraikan segala pertanyaan dan keraguan mengenai kelebihan berpuasa. Terbuktilah kebenaran pesan Rasulullah SAW yang bermaksud “Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat”

Weight 0.51 kg
Dimensions 5.5 × 8 in