Tangisan dan air mata tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Air mata seringkali dikaitkan dengan kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan. Adakalanya air mata akan mengalir apabila seseorang mengalami detik-detik yang menggembirakan. la berpunca daripada pelbagai faktor tetapi air mata yang menitis kerana Allah s.w.t adalah amat tinggi nilainya.Pada pandangan umum, air mata adalah cukup sinonim dengan kaum wanita, sedangkan bagi kaum lelaki ia merupakan simbol kelemahan seseorang. Namun demikian, ada kajian menyatakan bahawa di sebalik tangisan dan air mata yang mengalir secara semulajadi tersembunyi kelebihannya. Beberapa pakar perubatan telah menemui pelbagai kelebihan air mata sebagai tempi semulajadi bagi pelbagai penyakit khususnya berkaitan mata.
Buku ini banyak menyingkap rahsia sebenar air mata yang telah diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana secara semulajadi keluar melalui mata. Antara hikmah kewujudan air mata adalah ia bertindak sebagai pencuci bagi debu-debu kotoran yang melekat pada mata. Apa yang lebih mengagumkan ia dapat meneutralkan racun-racun yang mungkin terbentuk pada selaput mata.
Justeru, semoga apa yang dipaparkan dalam buku ini akan memberi satu pengetahuan yang amat berguna dan menolak tanggapan yang salah berkaitan tangisan dan air mata.




