Hikmah & Keajaiban Doa-Doa Nabi Ibrahim

RM8.00

Pengarang : Willyuddin A.R. Dhani

Disemak Oleh : Dr. Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat : 139

Out of stock

SKU: 9789675984587 Categories: ,

Nabi Ibrahim A.S merupakan salah seorang Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi. Lima Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi ini iaitu Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S dan Nabi Muhammad S.A.W. Ulul Azmi merupakan gelaran kepada Rasul yang memiliki kesabaran dan ketabahan luar biasa dalam menyebarkan syiar Islam. Mereka juga adalah Rasul yang mendapat dugaan dan tentangan yang begitu hebat daripada golongan musyrik.

Sepanjang proses dakwah Nabi Ibrahim a.s kepada kaumnya, beliau telah mendapat tentangan dan dugaan yang luar biasa. Dalam menghadapi dugaan dan cubaan tersebut Nabi Ibrahim A.S memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.Kekuatan doa itu terserlah sebagai senjata ampuh untuk mengalahkan musuh dan mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.Bukan itu sahaja,doa juga adalah ibadah yang merapatkan lagi hubungan hamba dengan Penciptanya.Doa-doa Nabi Ibrahim ini terdapat di dalam Al-Quran. Di sebalik doa-doa ini terkandung hikmah dan keajaibannya tersendiri yang boleh kita amalkan.Semoga dengan membaca buku ini kita akan mendapat teladan serta ilmu dan kita akan sentiasa mengingati Allah S.W.T.

Weight 0.32 kg
Dimensions 5.5 × 8 in