Hidup Bersama Allah SWT

RM40.00

Penulis: Salman Al-Audah

Penterjemah: Nur Thairah Syamsuddin

Disemak Oleh: Ust Dr Hj Muhammad Salman bin Jonid

Muka Surat: 758

Availability: In stock

SKU: 9789674392345 Categories: ,

Buku hebat ini membicarakan kehebatan Asmaaul Husna, Nama-Nama Terbaik bagi Allah Subhanahu Wa Taala, penulis membicarakan konsep dan maksud nama-nama ini, yang hanya layak bagi Pencipta alam ini. Penulis menjelaskan bagaimana kita dapat memanfaatkan nama-nama yang dikenali dengan Asmaaul Husna ini bagi menjadi satu terapi untuk menyembuhkan permasalahan hati, hati yang sakit, tidak bermaya, sedih, menjadi hati yang bercahaya, terang, hidup, mengenali dirinya yang serba kekurangan berbanding keagungan Tuhan yang Maha Agung.

Semakin dalam pengetahuan dan kesedaran dalam memahami nama-nama ini, maka semakin hebat hamba Allah tersebut dalam memahami tugas sebagai insan yang merasai konsep ubudiyyah yang hakiki. Ia juga perumpamaan bagi mereka yang dapat merasai nikmat mengenali Pencipta di dunia ini sebelum menikmati syurga Allah di negeri yang abadi, Jannah.

Oleh itu, menghafal, memahami makna-maknanya, mengimaninya, berdoa kepada Allah sambil memuji, mengagungkan, memohon dan meminta sambil menghayati makna nama-nama Allah dalam segala keadaan merupakan tanda keimanan yang tinggi kepasa Pencipta dan juga memudahkan sesuatu doa itu dikabulkan. Ayuh, marilah kita meneruskan menggali khazanah ilmu yang tiada tepiannya. Selamat membaca, menghayati dan beramal.

Weight 0.96 kg
Dimensions 8 × 10 in