Gerak Kerja Malam Menghayati Ibadah

RM15.00

Disusun Oleh: Ust. Seman Haji Ja’far

Disemak Oleh: Ust. Mohd Zulhisyam Mustafa

Muka Surat: 213

Availability: In stock

SKU: 9789673681433 Categories: ,

Kehadiran buku Gerak Kerja Malam Menghayati Ibadah ini memberikan faedah yang tidak ternilai harganya buat seluruh umat Islam. Ia banyak memberikan panduan, bimbingan dan petunjuk kepada kita dalam menyempurnakan program-program beribadah kepada Allah sepanjang malam bermula dengan Solat Maghrib sehinggalah selesai Solat Subuh.

Buku ini merupakan bimbingan secara sistematik bagi kita, umat Islam dalam melakukan ibadah-ibadah yang diamalkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi contoh teladan sepanjang zaman. Program ibadah khususnya dalam memanfaatkan waktu malam dengan dengan ibadah-ibadah fardu mahupun sunat. Ia mengajak kita untuk menghayati malam dengan gerak kerja ibadah yang dianjurkan oleh Allah Taala bagi meningkatkan keimanan terhadap-Nya dengan penjelasan yang ringkas tetapi padat.

Di antara ibadah-ibadah tersebut ialah solat-solat fardu seperti Maghrib, Isyak dan Subuh. Serta amalan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Awwabin, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Tahajjud dan lain-lain, dengan diiringi wirid-wirid dan doa-doa pilihan sebagai panduan.

Semoga kehadiran buku ini dapat membantu pembaca dan umat Islam seluruhnya dalam menghayati dan menyempurnakan gerak kerja ibadah mereka, Malah membuakkan lagi motivasi dan semangat kita untuk melakukan ibadah di waktu malam dengan khusyuk dan istiqamah. Sekaligus dapat meningkatkan taraf kualiti ibadah mereka terhadap Allah Azza Wajalla sebagai bekalan untuk bertemu dengan-Nya kelak.

Weight 0.18 kg
Dimensions 6 × 8 in