Facebook Sebelah Syurga Sebelah Neraka

RM14.00

Pengarang : Yanuardi Syukur

Penterjemah: Nurul Husna

Penyunting Ahli Bahasa: Ustazah Sabariah Bakri

Muka Surat: 113

Availability: In stock

SKU: 9789675984860 Categories: ,

Facebook memang amat popular pada dekad ini. Ia telah menjadi sarana komunikasi manusia seluruh dunia. Namun tahukah kita bagaimana sejarah facebook dan siapakah. yang menerajuinya? Buku karangan Yanuardlly Syukur kelahiran Tobelo (Halmahera Utara), Indonesia ini akan merunkai jawapannya.Tajuk bukunya “facebook: SEBELAH SYURGA SEBELAH NERAKA” begitu unik sekali dan pastinya ia membicarakan sesuatu dari sudut yang positif dan negatif.

Di dalam buku ini diselitkan juga aplikasi penggunaan facebook yang bertujuan mencari rakan-rakan lama, saudara-mara dan sebagainya. Malah diketengahkan kebaikan facebook dari beberapa sudut dalam memperbaiki hubungan antara taulan dan merapatkan hubungan sesama manusia. Tidak dinafikan beberapa tip berguna perlu diambil perhatian sebelum dan ketika melayari facebook. Buku ini amat bermanfaat bagi sesiapa yang kurang mahir atau dalam peringkat permulaan mengenali facebook. Awas! Anda pasti akan dapat membezakan kebaikan dan keburukan facebook. Justeru itu anda perlu lebih bijak untuk memanfaatkannya setelah membacanya. Sedar atau tidak facebook mampu untuk menjadi wadah untuk menyampaikan dakwah dengan cara yang begitu pantas dan boleh dibaca oleh manusia sedunia. Segala bentuk nasihat dan teguran untuk rakan-rakan boleh menjadikan facebook sebagai perantara. Islam tidak pernah menolak segala bentuk kemodenan asalkan tidak melampaui batasan. Walaubagaimanapun,ada persoalan yang pernah diutarakan oleh sekelompok masyarakat yang membantah penggunaan facebook, malah menganggapnya haram. Tambahkan ilmu di dada agar setiap apa yang kita lakukan mendapat keredaan Allah s.w.t jua. Semoga usaha murni penulis ini akan menjadi penyuluh kebenaran.

Weight 0.31 kg
Dimensions 6 × 8 in