Buku yang menghimpunkon doa-doa amalan ini, amat sesuai diamalkan oleh setiap pelajar. Mudah dihafal dan difahami maknanya. Di samping usaha gigih dan teratur, doa adalah senjata yang paling ampuh untuk pelajar-pelajar Muslim dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Sentiasalah menadah tangan dengan penuh tawaduk dan penuh ketakwaan memohon agar kecemerlangan dan keberkatan Allah itu bersama kita.
Himpunan doa-doa untuk pelajar lelaki ini adalah naskhah kecil dan biasa yang besar dan sangat bermanfaat pengisiannya. Untuk dibara, dihafal, difahami dan diamalkan oleh semua pelajar-pelajar dalam mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.