Dahsyatnya Energi Maaf, Tolong & Terima Kasih

RM13.00

Pengarang : Aep Syaiful Hamidin

Aliha Bahasa: Nabila Abdul Jalil

Di Semak Oleh : Panel Editor Hidayah

Muka Surat: 166

Availability: In stock

SKU: 9789670268743 Categories: ,

Dalam kehidupan seharian, manusia yang sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Proses interaksi ini akan melibatkan banyak perkara termasuk emosi dan perasaan. Di sinilah bagaimana ungkapan dan nada ucapan memainkan peranan yang cukup besar. Walaupun ungkapan atau perkataan diucapkan itu begitu mudah dan pendek, namun ia memiliki nilai emosi dan perasaan yang begitu mendalam dan padu. Tiga ungkapan yang bunyinya begitu mudah dan ringkas iaitu: maaf, tolong dan terima kasih. Sekiranya diungkapkan tanpa perasaan dan keikhlasan ia hanya ungkapan kosong yang tidak mempunyai ‘nyawa’. Tetapi sebaliknya, sekiranya ia diungkapkan dengan perasaan dan keikhlasan ia mampu meranapkan tembok-tembok keegoan dan keangkuhan yang menutup ruang kemanusiaan.

Buku ini akan meleraikan lagi persoalan bagaimana besar kehebatan perkataan “maaf”, “tolong” dan “terima kasih”. Dahsyatnya kekuatan tiga perkataan ini akan memaknakan lagi nilai kita sebagai makhluk yang bernama manusia. Ditambahkan lagi dengan kisah-kisah berkisar kehebatan kata-kata yang mampu menjentik jiwa kita untuk mengungkapkan kata-kata hikmat ini.

Jangan abaikan kata-kata yang mampu mengubah hidup anda dan mereka yang anda sayangi.

 

Weight 0.15 kg
Dimensions 5.5 × 8 in