Cheng Ho – Laksamana Muslim Dari Negara Tembok Besar

RM39.00

Pengarang : Wiwid Prasetyo

Alih Bahasa : Nur Thairah Syamsuddin

Disemak Oleh: Dr.Mohd Puzhi bin Usop

Muka Surat: 628

Availability: In stock

SKU: 9789830268071 Categories: ,

Kebanyakan pemimpin atau ketua yang mempunyai sikap bangga diri dan megah, tetapi Cheng Ho menanggalkan baju kebesarannya dan terus merendah diri kepada semua orang. Inilah menyebabkan dia disukai dan mudah didampingi oleh orang ramai.

Cheng Ho adalah sebuah nama lagenda. Namanya begitu dikenali di rantau Asia ini. Seorang pelayar dunia dan penjelajah Muslim dengan personaliti penuh teladan. Bersamanya bukan sedikit pasukan yang dibawa bersama, bahkan puluhan ribu orang dan ratusan armada kapal layar mengharungi lautan demi lautan. Dikunjunginya banyak wilayah dan kerajaan untuk membawa misi damai dan kerjasama kerajaannya. Misi perdagangan dan berdakwah dengan cara yang penuh santun tanpa keinginan untuk menjajah. Bumi nusantara ini juga beliau telah kunjungi untuk misi tersebut.

Terhidang di hadapan anda sebuah novel yang akan mengisahkan perjalanan Jeneral Besar ini. Siapakah beliau? Bagaimana beliau boleh memiliki nama yang terkenal? Misi apakah yang diamanahkan oleh kerajaannya hinggakan beliau sanggup menghabiskan usianya untuk ekspedisi pelayaran ini?

Selusurilah jejak-jejak kisah menarik ini. Penuh pengajaran dan inspirasi.

Weight 0.47 kg
Dimensions 6 × 8 in