Cara Belajar Bahasa Arab Nahu

RM14.00

Penyusun : Mukhlas Syarkun

Disemak Semula Oleh : Ust. Shahrin Jasah

Muka Surat: 223

 

Availability: In stock

SKU: 9789830993386 Categories: ,

Al-Nahwu adalah ibarat induk dari segala macam ilmu. Kerana apapun kitab yang berbabasa Arab tidak mungkin dapat difahami dengan baik tanpa menggunakan tatabahasa yang mantap- Untuk itu bagi sesiapa yang mendalami ilmu-ilmu agama sudah semestinya ia harus menguasai Tatabahasa Arab dengan baik terlebih dahulu. Sememangnya untuk menyelongkar khazanah keilmuan agama yang sebahagian besar berbahasa Arab diperlukan ilmu al-Nahwu yang memadai. Oleh sebab itu ia ibarat wasilah yang utama bagi tercapainya sesuatu maksud. Dan jika maksud satu perkara yang wajib, dengan sendirinya mempelajari ilma al-Nahwu akan menjadi wajib pula hukumnya. In bertepatan dengan Kaedah Usul al-Fiqh yang berbunyi, “Ma La Yatimmu al-Wajibu Illa Bihi Fahuwa Wajibun.” laitu mana hal wajib yang hanya boleh dilakukan dengan wasilah sesuatu perkara maka perkara tersebut hukumnya adalah juga wajib. Buku ini dipersembahkan kepada pembaca untuk membantu di dalam memahami Tatabahasa Arab dengan cara lebih mudah. Kerana setiap bahasa dan tajuk akan disertakan contoh-contoh yang sederhana. Asas-asas Tatabahasa Arab seperti mubtadak, khabar, fi’il, tamyiz, mafut, zhorof, nida, dhomir dan lain-lain dibincangkan dengan bahasa yang mudah. Contoh-contoh dari setiap perbincangan juga dinyatakan dan seterusnya penggunaan masing-masing di dalam suatu ayat atau jumlah dijelaskan dengan huraian yang ringkas dan jelas. Buku ini sangat bermanafaat bagi penuntut di pelbagai peringkat dan bagi siapa sahaja yang mendalami khazanah-khazanah ilmu yang berbahasa Arab.

Weight 0.395 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in