Taharah (bersuci) adalah perkara asas dalam ajaran fekah dan ibadah. Mengapa? Kerana bersuci bukan hanya bermaksud membersihkan fizikal sahaja tetapi juga penyucian batin. jiwa dah hati. Dan salah satu ajaran bersuci (taharah) yang ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagai sebahagian perintah solat yang juga sebagai salah satu syarat sahnya solat adalah berwuduk.
Adakah anda tahu mengapa wuduk diletakkan sebagai yang amat penting dalam syarat sahnya solat?
Buku ini merungkaikan persoalan anda tentang rahsia, mukjizat dan fadilat wuduki Bukan hanya berhubung kait dengan amalan solat, malah merangkumi kesan dan impaknya terhadap hati (nurani) dan raga (fizikal) kita setiap hari. Huraian yang tertulis di dalam buku ini. laksana membuka pintu iman dan aural di hati kita untuk membiasakan diri agar berwuduk dengan betul dan sah. Ini kerana dari situ akan terbit cahaya-cahaya yang maha indah dan mempersonakan dalam jiwa raga kita.
Bagaimanakah wuduk itu dapat memberi cahaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat? Jawapannya di dalam buka ini, yang akan menyingkap dengan terperinci dan menakjubkan untuk kita semua. Insya Allah misteri itulah yang kita ingin ketahui!