Bidayah Al-Hidayah

RM17.00

Syarah Matan Ummul Barahin Dengan Bahasa Melayu

Oleh: Al-Allamah Al-Fadhil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin

Pengalih Tulisan Jawi ke Rumi: Mohamad Akmal Bin Mohamad

Muka Surat: 203

Availability: In stock

SKU: 9789673682966 Categories: ,

Matan Ummul Barahin merupakan sebuah matan yang masyhur dalam mempelajari Ilmu Kalam atau Ilmu Sifat Dua Puluh. Kitab ini menerangkan di dalam bait-bait matannya mengenai sifat ketuhanan yang wajib diketahui oleh sekalian mukallaf.

Justeru, bagi memudahkan para penuntut ilmu memahami isi kandungan matan ini, Al-Allamah Al-Fadhil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibnu Al-Faqih Jalaluddin telah mengarang satu kitab bagi mensyarah dan menerangkan Matan Ummul Barahin ini yang diberi judul Bidayah Al-Hidayah.

Di dalam kitab ini juga didatangkan taqrirat (nota-nota) yang dicatatkan oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fataniy yang dibuat dalam bentuk nota kaki bagi memberi lebih kefahaman kepada para penuntut ilmu sekalian.

Semoga dengan terbitnya mutiara ilmu ini akan menjernihkan kefahaman kita dalam memahami ilmu usuluddin yang menjadi jambatan bagi memperoleh makrifatullah.

Weight 0.25 kg
Dimensions 6 × 8 in