Berwaspadalah dengan Bahaya Kosmetik

RM13.00

Penulis : Azhara & Nurul Khasanah

Alih Bahasa: Nur Thairah Syamsuddin

Disemak Oleh: Nor Azlina Jaafar

Muka Surat: 186

Availability: In stock

SKU: 9789670267661 Categories: ,

Wanita adalah makhluk yang sangat mengambil berat berkenaan kecantikan. Mereka sanggup melakukan apa saja asal boleh cantik. Malah sanggup menghabiskan wang ringgit untuk itu. Inilah realitinya yang diambil kesempatan oleh pembuat dan pengeluar produk kosmetik. Berbagai-bagai jenis dan jenama produk kecantikan berada di pasaran, dari yang mengaku boleh mencerahkan dan memutihkan kulit, hingga yang menjanjikan kulit kelihatan lebih muda dan tegang. Benar, tawaran seperti ini sangat menggoda bagi kaum wanita. Siapa yang tidak mahu cantik dan kelihatan sentiasa muda jelita?

Namun, tahukah anda bahawa berbagai jenis kandungan yang terdapat di dalam kosmetik boleh menjadi sangat berbahaya bagi kesihatan anda? Anda mungkin kelihatan cantik buat sementara ketika menggunakan kosmetik berbahaya ini, tapi setelah berhenti, kulit anda akan lebih teruk berbanding sebelum anda menggunakannya. Adakah ini berbaloi?

Moralnya, sebelum membeli kosmetik baca buku ini.

Buku ini menjelaskan berbagai kandungan berbahaya yang terdapat di dalam berbagai jenis produk kosmetik, yang selama ini tidak diketahui oleh pengguna. Buku ini sangat membantu anda untuk memilih jenis-jenis kosmetik demi kesihatan anda. Ditambah lagi, buku ini juga membawakan tip-tip perawatan kulit yang sesuai dan pengenalan bahan-bahan kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Cantik dan sihat sama-sama penting, bukankah begitu?

<

Weight 0.15 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in