Ramai orang percaya bahawa penguasaan Bahasa Inggeris melalui buku adalah mustahil. Namun, hakikatnya bahan bacaan adalah antara medium terbaik dalam menyampaikan ilmu. Justeru itu, buku Berbual Lancar Dalam Bahasa Inggeris ini ditulis khas sebagai rujukan bagi membuktikan pembaca boleh berbual lancar dalam Bahasa Inggeris melalu bahan pembacaan yang baik.
Pengayaan kosa kata serta tatabahasa yang betul sangat penting dalam perbualan bahasa Inggeris. Buku ini dipersembahkan sejajar dengan saranan kerajaan tentang kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa global.