Bekalan Kebahagiaan dan Petunjuk Jalan Menuju Syurga

RM21.00

Pengarang: Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani

Terjemahan dan Ulasan: Abu Mayaza al-Hafiz

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi bin Usop

Muka Surat: 390

Availability: In stock

SKU: 9789670267364 Categories: ,

Kehidupan di dunia ini hanya sementara. Persinggahan seketika untuk mengumpulkan bekalan secukupnya untuk kehidupan yang abad. Di sana ada dua destinasi yang mungkin dituju. Bergantung kepada bekalan yang berjaya dan mampu kita kumpulkan. Dalam mendapatkan bekalan tersebut kita perlukan panduan, ilmu dan bimbingan. Tanpa panduan yang betul mungkin destinasi akan tersasar. Tanpa ilmu yang mantap mungkin hanyut dalam emosi dunia. Tanpa bimbingan yang benar mungkin kita akan tersungkur lesu.

Buku hasil karya Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ini merupakan sebuah karya yang amat berguna untuk kita dalam mendapatkan bekalan bagi mencapai kebahagiaan dunia dan petunjuk jalan menuju syurga yang menjadi idaman setiap jiwa yang beriman. Kesimbangan rohani dan kehidupan dunia amat penting untuk mencapai kejayaan di akhirat. Dimuatkan dengan nasihat-nasihat yang berdasar sumber hadis Rasulullah S.A.W, kisah para sahabat dan kata hikmah para cendikiawan terkenal dalam bidang hadis, fiqh dan tasawuf. Memberikan kita ilmu dan panduan untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Lebih-lebih lagi dalam era atau zaman yang begitu mencabar ini. Dugaan dan cabaran.nya begitu besar. Kemungkinan-kemungkinan yang akan mendatang mampu mengugat keimanan. Untuk menghadapi dan mengharungi dunia ini perlukan sandaran dan persediaan yang mantap dan jitu.

Moga kehadiran buku ini yang tepat pada masanya kita manfaatkan sebaik mungkin. Membawa kehidupan, cara hidup dan matlamath hidup kita, ahli keluarga dan sahabat handai ke arah cahaya syurga sebenar yang sering diidamkan oleh mereka yang beriman kepada Allah.

Weight 0.32 kg
Dimensions 5.5 × 8 in