Bahkan Para Sufi Pun Kaya Raya

RM14.00

Pengarang: Badiatul Roziqin

Alih Bahasa: Norsafini Jaafar

Disemak Oleh: Ustazah Sabariah Bakri

Muka Surat: 203

Out of stock

SKU: 9789675984730 Categories: ,

“Barang siapa yang ingin dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya dan dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah di bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim.” (Hadis Riwayat Abullah Bin Ahmad, Bazzar dan Tabrani).

Peribadi istimewa seperti Abdurrahman bin ‘Auf, Imam Hanafi, Junaid al-Baghdadi hinggalah Hasyim Asy’ari, sebagaimana yang kita semua tahu adalah pemimpin Islam, ulama, ahli ibadah, pengamal tarekat dan para sufi yang dimuliakan Allah SWT. Secara rohaniah dan spiritual, mereka adalah contoh orang yang luar biasa keimanan dan ketakwaannya. Realitinya mereka ini dikategorikan sebagai sangat kaya. Dengan kekayaan itu, mereka berupaya dan mampu menyumbangkan sesuatu untuk kemaslahatan umat Islam.

Sememangnya begitulah yang dimahukan Rasulullah SAW sejak ribuan tahun yang lalu. Baginda memerintahkan kepada umatnya untuk memerangi kemiskinan. Bahkan baginda menegaskan bahawa kemiskinan itu mendekatkan kita kepada kekufuran. Oleh itu perangilah kemiskinan, lawanlah kemelaratan dan bekerja keraslah agar kita agar harta dan sekaligus kaya jiwa.

Dengan menakjubkan, buku ini memperlihatkan betapa ramai para sufi, hamba Allah yang luar biasa ibadahnya yang kaya dari segi materialnya. Dengan limpahan rezekinya, mereka mampu mendorong umat ke aras kemajuan, kesejahteraan dan kekuatan.

Maka masihkah anda tidak malu kepada Allah SWT dan rasul-Nya untuk mengatakan bahawa mukmin sejati adalah mereka yang menjauhkan diri daipada kehidupan dunia dan hanya berpasrah nasib kepada takdir tanpa bekerja?

Subhanallah, bukankah Allah SWT telah menegaskan di dalam Al-Quran bahawa Dia tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia berusaha mengubahnya diri sendiri?

Bergurulah dengan para ahli ibadah, para sufi yang jutawan dan dermawan dalam buku ini…

Weight 0.15 kg
Dimensions 6 × 8 in