Ibadah Waktu Malam Memberi Rezeki dan Hati yang Tenteram

RM11.00

Penulis : H.M. Amrin Rauf

Alih Bahasa : Nabila Abdul Jalil

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat :160

Out of stock

SKU: 9789674392291 Categories: ,

Beribadah tidak memerlukan waktu yang khusus serta tidak ada batasan waktu kerana sesungguhnya kita diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. Namun demikian, waktu malam, sepertiga malam khususnya, termasuk salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Setiap individu Muslim dianjurkan untuk bangun dan beribadah kepada Yang Maha Agung pada sepertiga malam di mana pada waktu inilah pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat serta mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya.

Ibadah waktu malam yang dikupas di dalam buku ini merujuk kepada solat-solat sunat serta zikir yang merupakan tuntutan dalam Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat serta menjadi benteng diri bagi individu tersebut. Antara fadilat ibadah-ibadah waktu malam yang disusun kemas di dalam buku ini termasuk membuka pintu rezeki serta mendatangkan perasaan tenteram di dalam jiwa pengamalnya. Selain itu, penulis turut memuatkan tentang kehebatan ibadah malam untuk santapan para pembaca agar mendapat pencerahan yang lebih jelas sekali gus lebih bersemangat melatih diri untuk beribadah pada waktu sepertiga malam kerana is merupakan waktu di mana Allah SWT berada paling dekat dengan hamba-Nya. Semoga pengisian ini dapat memberi manfaat bersama.

Weight 0.15 kg
Dimensions 6 × 8.25 in