Bacaan Di Hari-Hari Akhir Menghadapi Kematian

RM7.00

Penulis : Abdullah Al-Qari B.Hj.Salleh

Muka Surat: 100

Availability: In stock

SKU: 9789830995793 Categories: ,

Mati merupakan perkara dimana tiada seorang pun dari makluk di dunia ini yang mengetahui rahsianya, bilakah ia akan tiba dan apa penyebab kematian itu? Kerana ia merupakan perkara ghaib, sehingga al-Quran (Surah Al-A raf ayat 188) mengutip perkataan Nabi bahawa sekiranya Baginda mengetahuinya nescaya akan memperbanyakan amalan kebaikan.

Seandainya, jadual kematian itu didedahkan kepada manusia, sudah tentu mereka akan menunda serta melengahkan amal kebaikan dalam hidupnya. Maka kematian itu merupakan rahsia Allah bila-bila masa sahaja malaikat maut akan datang menjemputnya mengikut apa yang telah tertulis.

Maka sebelum kematian itu datang, hendaklah setiap diri sentiasa berwaspada serta bermuhasabah(menghitung diri) terhadap amal kebaikan yang diperbuatnya, apakah ia cukup sebagai bekal untuk hidup di akhirat kelak? Ingatlah wahai manusia, “sesungguhnya kematian di dunia ini bukan penghujung dari kehidupan, ia merupakan satu pemberhentian (station) untuk hidup yang kekal abadi iaitu menuju kampung akhirat.”Dalam menghadapi kematian, terdapat beberapa amalan yang hendaknya dikerjakan, demikian juga bacaan-bacaan doa serta surah, semuanya telah dihuraikan dalam buku ini. Selamat membaca, semoga Allah SWT sentiasa memberikan kemudahan … ! Amien.

 

Weight 0.3 kg
Dimensions 5.5 × 8 in