Azan Untuk Mencerdaskan Minda Anak Sejak Lahir

RM16.00

Penulis: Imam Musbikin

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 256

Availability: In stock

SKU: 9789674480387 Categories: ,

Keterangan Buku

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bukalah (ajarkanlah) anakanak kamu dengan kalimah pertama La ilaaha ilia Allah.

Umum mengetahui bahawa azan sering dilaungkan bagi memaklumkan ketibaan waktu solat. Selain itu, disarankan juga mengumandangkan azan pada telinga kanan bayi yang baru lahir dan iqamah pada telinga kirinya. Kalimah tauhid yang terkandung dalam laungan azan dan iqamah tersebut akan menjadi asas aqidah dan prinsip tauhid serta iman anak tersebut sekali gus akan mudah tersentuh zauqnya setiap kali dia mendengar kalimah itu kelak. Di samping itu, diharapkan anak itu juga akan terhindar dari bisikan kejahatan syaitan. Seterusnya, lantunan kalimah azan juga dikatakan dapat meransang kecerdasan otak, meransang penggunaan bahasa serta memenuhi keperluan kasih sayang dan komunikasi untuk anak yang baru lahir tersebut. Bagaimana segala yang dinyatakan di atas dapat memberi manfaat kepada anak anda? Dapatkan jawapannya di dalam buku ini. Mudah-mudahan pengisian ini dapat memberi manfaat bersama. Insya-Allah.

Weight 0.27 kg
Dimensions 6 × 0.5 × 8 in