Terbinanya Islam di atas lima perkara, mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan. Lima asas ini merupakan asas-asas Fardhu ‘Ain yang perlu dan wajib diketahui serta diamalkan oleh setiap Muslim.
Asas yang pertama yang wajib atas setiap mukallaf ialah mengenal Allah yang terkandung dalam pelajaran Tauhid yang merangkumi beberapa persoalan akidah. Diikuti pelajaran Fiqh yang membahaskan berkenaan ibadat, muamalat, munakahat serta jenayah. Tidak lengkap amal serta pegangan setiap muslim tanpa disulami dengan Tasawuf agar setiap apa yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.



