Anak adalah cahayamata bagi sesebuah keluarga. la memberi sinaran dan memberi hiburan. Tangisannya adalah laqu-lagu merdu buat si ayah dan si ibu. Tiadanya hidup mereka tiada erti. Walaupun membesarkannya diulit seribu penderitaan, namun ceria tetap di wajah mereka.
Walau apa pun rasa, perasaan don segala impian bagi ibubapa namun anak itu adalah suatu amanah dan tanggungiawab yang berat, bukan sekadar untuk disayangi, diusap, dibelai dirindu tapi ia adalah amanah Allah. Ibu bapa perlu memastikan kelahirannya di dunia ini member suatu gagasan hidup kesejahteraan dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Segala keperluan dalam mengisi generasi harapan adalah tanggungjawab para ibu bapa menyajikannya.
Di atas keperihatinan inilah, penulis menggarapkan resipi pendidikan dan bersumberkan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai suatu rujukan yang sempurna ke atas kedewasaan anak-anak kita. Dari itu para pembaca budiman jadikanlah buku ini sebagai teman di dalam menangani pendidikan anak masa kini