Amalan-Amalan Mujarab Pemusnah Masalah Hidup

RM11.00

Penulis : Abdul Hamid

Alih Bahasa : Nor Hanis Mohd.Bukhari

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat :166

Availability: In stock

SKU: 9789674392406 Categories: ,

Semua manusia yang ada di atas muka bumi Allah ini tidak akan terlepas daripada masalah hidup. Tidak kira siapa dan apa martabat serta darjat kita sekalipun, hidup kita pasti akan dihiasi dengan masalah. Kehidupan tanpa masalah tentu membosankan kerana masalah-masalah adalah rencah pahit manis dalam suatu kehidupan. Cuma cara penyelesaiannya memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan agar segala permasalahan itu berakhir dengan kebahagiaan dan kenikmatan. Islam mempunyai pelbagai cara yang diajar kepada umatnya untuk menyelesaikan segala masalah yang mendatang; di antaranya dengan mengamalkan amalan-amalan tertentu.

Jadi, dengan terhasilnya buku Amalan-Amalan Mujarab Pemusnah Masalah Hidup ini, mudah-mudahan menjadi petunjuk berguna kepada sesiapa yang ingin mengamalkan amalan tersebut bagi menangkis masalah yang hadir dalam kehidupan. Semoga dengan pengisian yang terkandung dalam buku ini dapat memberi manfaat yang berguna bagi menempuh kehidupan kita yang penuh dengan cabaran justeru menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat, insya-Allah.

Weight 0.29 kg
Dimensions 5 × 8 in