Al-Wafi Syarah Hadith 40 H/C

RM58.00

Pengarang : Dr.Mustafa Al-Bugha,Muhyiddin Misto

Diterjemahkan Oleh : Ahmad Khairi Al-Latifi,Noraine Abu

Muka Surat: 685

Availability: In stock

SKU: 9789830992433 Categories: , Tag:

Hadith Arba’in adalah kumpulan hadith yang sudah tidak asing lagi dikalangan kaum muslimin, bahkan banyak dari mereka yang sudah menghafalnya. Ia merupakan kumpulan hadith yang disusun oleh Imam An-Nawawi.

Kesemua hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah merupakan hadith-hadith yang merangkumi asas-asas penting dari asas agama, yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahawa ia merupakan pokok-pokok ajaran Islam atau merupakan separuh agama atau sepertiganya dan seumpamanya.

Kesemua hadith-hadith ini merupakan hadith-hadith sahih dan sebahagian besar daripadanya diambil daripada Kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Salah satu keunggulan hadith-hadith yang dicantumkan di dalamnya adalah merupakan hadith yang ringkas tetapi mengandungi makna yang sangat luas. Memang secara umum Rasulullah SAW memiliki kelebihan-kelebihan dalam menyampaikan pesanan dengan ungkapan Jawami’ul Kalim (kalimat ringkas tapi padat).

Atas dasar itu, maka banyak dari para ulama’ yang berusaha untuk menyelami kedalaman maknanya, lalu mengeluarkan mutiaranya untuk dipersembahkan kepada generasi Islam yang diantaranya adalah kitab “Al-Wafi” yang ada di hadapan para pembaca sekarang ini. Adapun kelebihan dari kitab ini adalah perbahasannya yang sistematik dan tersusun, dimana setiap hadith dikupas dari segi bahasa, sebab-sebab munculnya hadith, pemahaman dan pelajaran yang dikandungnya, juga tentang biografi ringkas dari setiap perawinya.

Weight 1.2 kg
Dimensions 7 × 10 in