Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah)

RM22.00

Pengarang : Al-Alim Al-Allamah wa Al-Arif Al-Rabbani Al-Syeikh Daud bin Al-Syeikh Abdullah Al-Fathani

Alih Tulisan Jawi ke Rumi:Ustazah Noraine Abu & Ustaz Mashadi Masyuti

Muka Surat: 312

Availability: In stock

SKU: 9789670267388 Categories: ,

Al-Dur al- Thamin(Permata yang Indah) merupakan sebuah kitab yang menyatakan tentang iktiqad bagi semua orang beriman iaitu karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Syeikh Daud bin al-Syeikh Abdullah al-Fathani. Kitab ini asalnya ditulis dalam tulisan, jawi dan ia amat terkenal di kalangan pelajar-pelajar pondok dan turut digunakan sebagai bahan pengajian di masjid-masjid dan juga di surau-surau. Di antara pengisian yang boleh kita peroleh di dalam kitab ini adalah berkenalan pengenalan Ulmu Usuluddin, huraian sifat -sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Allah Ta’ala dan bagi para Rasul Allah dengan mendatangkan dalil-dalil yang berkaitan dengannya. Dan pada akhir perbahasan kitab ini turut membincangkan tentang perkara-perkara lain yang perlu kita iktiqadkan agar akidah kita terjamin selamat daripada fahaman-fahaman dan pandangan-pandangan yang menyesatkan, wal’iyya dzubillah. Bagi memudahkan para pembaca, buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah sebarang perkataan yang terdapat dalam teks asalnya supaya para pembaca dapat mengikuti setiap patah perkataannya apabila berguru kelak. Semoga segala usaha ini dapat memberi manfaat yang besar buat para pencinta ilmu di mana jua berada dan diberkati Allah jua hendaknya.

Weight 0.6 kg
Dimensions 6 × 9 in