Agar Selalu Disayangi Allah SWT

RM8.00

Pengarang : Mujahidin Nur

Editor: Dr.Mohd. Puzhi bin Usop

Muka Surat: 126

Availability: In stock

SKU: 9789673681341 Categories: ,

“Ya Allah, aku memohon limpahan cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta amal “perbuatan” yang menghantarkan diriku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaanku kepada-Mu melebihi cintaku pada diriku sendiri dan keluargaku, hingga kepada air dingin yang sejuk.”

Jika ingin cintakan manusia, dia akan mati, cintakan harta akan habis atau hilang, cintakan dunia akan kiamat, tetapi cintakan Allah akan kekal selamanya malah dicintai semula oleh Allah.

Cinta manusia kepada Allah SWT adalah sumber cinta utama. Cinta yang akan membangkitkan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW. Cinta yang akan menyuburkan rasa cinta kepada sesama manusia, seluruh makhluk dan apa yang dicintai oleh sang pemilik cinta sebenar iaitu Allah SWT. Maka dengan kekuatan cinta itu akan membuatkan kita menurut dengan apa yang Allah suka dan meninggalkan apa yang Allah tegah.

Sekiranya kita ingin selalu disayangi dan dicintai, sayangi dan cintailah Allah maka seluruhnya akan menyayangi dan mencintai kita. Benihkan cintamu dengan membaca buku ini.

Weight 0.15 kg
Dimensions 5 × 8.25 in