Adakah Bidaah? Zikir Bersama Selepas Solat

RM6.00

Pengarang : Dr.Muhammad bin Abdul Rahman Al-Khumais

Penterjemah: Sidang Penterjemah

Editor: Dr.Mohd.Puzhi bin Usop

Muka Surat: 121

Availability: In stock

SKU: 9789673680610 Categories: ,

Seperti yang kita ketahui. di masjid-masjid atau di surau-surau selepas solat fardu akan diteruskan dengan zikir-zikir yang diketuai oleh imamnya. Adakah zikir bersama selepas solat fardu ini bidaah atau boleh diamalkan? lnilah persoalan yang sering ditimbulkan oleh beberapa pihak. Pihak yang bersetuju dengan amalan zikir selepas solat mengatakan bahawa zikir ini boleh dilakukan bersama setelah selesai solat fardu. Mereka membawa hujah dan nas-nas tertentu bagi menyokong pendapat mereka. Manakala sebelah pihak lagi mengatakan bahawa amalan ini adalah bidaah. Dan setiap amalan biadaah itu perlu dihentikan. Pihak ini juga mengetengahkan nas-nas serta hujah yang menyokong pendapat mereka. Semoga buku ini dapat merungkai permasalah tersebut. Yang paling utama adalah agar kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Setiap amalan yang kita lakukan itu mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah.

Weight 0.23 kg
Dimensions 4 × 6 in