Allah s.w.t. adalah Yang Maha, Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa memberikan pertolongan kepada harnbanya ,dalam segala urusan. Tanpa pertolongan Allah s.w.t. pastinya kita tidak mampu meneruskan kehidupan ini, apatah lagi untuk hidup.
Di dalam buku ini, penulisnya telah menggariskan beberapa cars dan panduan yang mudah dan segera untuk mendapat pertolongan Allah s.w.t. Sebagai hamba-Nya yang kerdil, yakinlah bahawa setiap ujian yang dihadapi terdapat kasih sayang dan cinta Allah s.w.t. kepada kita. Suatu cinta yang besar dan nyata, serta suatu bukti kebesaran-Nya untuk para hamba-Nya.
Cepat atau lambatnya pertolongan Allah s.w.t. mengandungi hikmah yang sangat hebat, yang tidak kita ketahui. Hanya dengan ilmu agama, kita akan berada pada jalan Allah s.w.t. dan akan sentiasa recta dengan ujian daripada-Nya. Pastikan buku ini menjadi pilihan anda kerana huraiannya yang terperinci akan menjadikan kita hamba Allah s.w.t. yang mengakui kebesaran dan kekuasan-Nya.