9 Minit Mempengaruhi dan Menakluki Orang Lain

RM10.00

Penulis: Bernando J. Sujibto

Alih Bahasa: Izham Bin Mohd. Nor

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 140

Availability: In stock

SKU: 9789674480127 Categories: ,

Hidup adalah sebuah pertandingan, perjuangan dan penuh dengan persaingan. Siapa yang boleh mempengaruhi orang lain untuk memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada, dialah pemenangnya.

Di dalam buku ini, digariskan beberapa panduan kepada kita semua cara dan tip untuk mempengaruhi dan menakluki orang lain dalam tempoh yang singkat. Kita tidak akan mampu memujuk dan mempengaruhi orang lain tanpa kemahiran. Kita perlu mempunyai prinsip-prinsip asas yang boleh membantu kita untuk melengkapkan diri agar menjadi peribadi yang berintegriti serta memiliki aura yang kuat untuk meraih pesona orang lain.

Teknik mempengaruhi dan menakluki orang lain yang disajikan merangkumi aspek-aspek psikologi, kemanusiaan dan persaingan perniagaan. Teknik ini mengajak kita untuk menyiapkan diri kita sebagai individu yang yakin kepada diri sendiri dan mampu tampil di khalayak dengan keyakinan yang jitu.

Weight 0.21 kg
Dimensions 6 × 8 in