78 Tip Hidup Bahagia

RM22.00

Penulis : Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Penterjemah: Khadijah Rahman

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 432

Availability: In stock

SKU: 9789670267555 Categories: , ,

Sebuah karya yang padat dengan nasihat kehidupan, karangan Syeikh Abdul Qadir Al-jailani dengan tajuk asalnya “Futhul Ghaib”. Tip-tip menuju kehidupan bahagia dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Setiap manusia pasti mengimpikan kehidupan yang indah dan sempurna. Bagaimanakah cara untuk mencapainya? Itulah yang sering dicari dan digali oleh setiap makhluk yang bernama insan. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Ditambah pula dengan godaan nikmat dunia yang hanya menjanjikan keseronokan sementara dan melalaikan. Dan juga pujuk rayu musuh utama manusia, iblis yang telah bertekad untuk menyesatkan umat Adam. Oleh itu kita perlukan satu anjakan yang akan memberikan kita semangat dan menyuluhkan cahaya untuk jalan menuju ke arah kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

78 tip hidup bahagia yang terhimpun dan dihuraikan di dalam buku amat besar nilai. Himpunan panduan untuk kita mendekatkan lagi diri kepada yang Maha Menciptakan dan Maha Agung, Allah Azza Wajalla. Apatah lagi tulisan yang telah menjadi rujukan dan bacaan ramai ulama dan cendekiawan Islam yang terkenal dari dahulu hingga sekarang. Semoga segala impian kita. untuk mencapai dan mengecapi kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat menjadi realiti dan kita tergolong di kalangan, mereka yang sentiasa tunduk dan, patuh kepada setiap, suruhan dan larangan Allah, S.W.T.

Weight 0.23 kg
Dimensions 5.5 × 8 in