Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan menghadapi pelbagai rintangan dan masalah dalam hidup termasuklah para nabi terdahulu. Manusia biasa apatah lagi. Mereka sering terjerumus dalam kesalahan dan kemungkaran disebabkan kelemahan iman mereka.
Buku ini memberi tumpuan khusus kepada kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh kaum wanita dalam kehidupan seharian mereka. Tujuannya adalah agar setiap muslimah sentiasa berhati-hati dan peka dengan perkara-perkara tersebut. Dengan membaca buku ini, ia boleh menjadi tazkirah seharian kaum muslimah agar terhindar daripada melakukan maksiat. Penulis telah mengumpulkan 70 masalah dan kesalahan utama yang sama ada sengaja atau tidak telah atau mungkin sedang dilakukan oleh kaum wanita. Diharapkan, selepas membaca buku ini, kaum wanita muslimah akan lebih terpelihara dan lebih dekat hubungan mereka dengan Allah SWT.