Perintah Allah sebenarnya untuk memberikan perlindungan dan memelihara secara menyeluruh terhadap semua aspek kehidupan kaum wanita dan mencegah dari berbagai perkara negatif mahupun fitnah yang mungkin akan berbangkit bagi diri mereka.
Semua perintah dan larangan Allah, pastinya membawa kebaikan bagi para pelakunya. Wanita yang sentiasa mentaati dan patuh akan perintah dan suruhan Allah SWT akan selamat dari berbagai perkara buruk. Sebaliknya mereka yang mengabaikan dan tidak mengendahkannya, pastinya akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan.
Buku yang disajikan dengan tajuk: 40 perkara keringanan dan larang wanita muslimat (20 perkara keringanan dan 20 perkara larangan), dimaksudkan agar kaum muslimat yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dapat benar-benar memahami erti kehidupan; mereka dapat membezakan dan mengetahui mana perkara yang diperbolehkan oleh hukum syarak untuk dilakukan dan mana perkara yang diperbolehkan oleh hukum syarak untuk dilakukan dan mana perkara yang tidak diperkenankan oleh agama untuk mereka tinggalkan.