100 Tokoh Islam Terhebat H/C

RM58.00

Availability: In stock

SKU: 9789674390570 Categories: ,

Menyingkap semula helaian sejarah tokoh-tokoh Islam yang terdahulu pasti memberikan inspirasi dan menerbitkan kekaguman terhadap mereka di atas sumbangan serta keperibadian unggul mereka sehingga dikagumi oleh masyarakat kini bukan sahaja kalangan orang Islam malah bukan Islam. Bukan itu sahaja, kita juga dapat membayangkan betapa hebat madrasah dan institusi pendidikan Rasulullah yang begitu unggul sekali dalam membina keperibadian seorang mukmin dan mukminah sejati. Keperibadian yang telah mencorakkan warna istimewa kepada peradaban dunia.

Ketika zaman perkembangan dan kemajuan tamadun Islam itu, banyak nama-nama besar yang boleh kita jadikan contoh dalam bidang dan kemahiran masing-masing. Malah jika kita baca dan selidiki kebanyakan illmu-ilmu seperti sains, perubatan, matematik, fizik, alam semesta, pensejarahan dan sebagainya telah dilopori oleh cendikiawan Islam. Penemuan dan penguasaan tentang ilmu-ilmu ini telah dikaji dan dikuasai oleh orang Islam.

Buku ini menghidangkan biografi 100 orang tokoh Islam yang berperanan dalam bidang masing-masing dalam meninggikan lagi martabat agama Islam yang syumul ini. Moga-moga dengan perkongsian yang padat ini, dapat memberikan sesuatu inspirasi kepada kita untuk istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam meraih keredaan ilahi.

Weight 1.095 kg
Dimensions 6.25 × 9.25 in