Motivasi – Al Hidayah
Buku Raudhatul Muhibbin Taman Orang-Orang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu
“Apa itu cinta? Cinta itu bila hati akan mula berbunga. Persekitaran yang tandus segera subur menghijau, bunga-bunga menguntum indah menyebarkan wangian segar.
Kelesuan berubah menjadi tangkas dan cergas. Tangisan sayu menjadi senyuman manis dan indah…”
Sebenarnya cinta atau Mahabbah kepada Allah merupakan tujuan utama kehidupan mereka yang menelusuri jalan menuju Allah. Tidak ada satu pun dari tujuan yang lebih tinggi dari cinta kecuali semuanya hasil dari cinta itu sendiri, seperti rindu kepada Allah dan berasa tenang bersama-Nya. Pengorbanan dan bukti kesungguhan dalam cinta kudus ini adalah taubat, sabar dan zuhud.
Melalui cinta yang agung terhadap Allah, maka seseorang akan melakukan ibadah sesuai dengan perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Hakikat ibadah adalah kesempurnaan rasa tunduk dan merendah diri di hadapan yang Khalia, Maha Berkuasa dan Pencipta. Cinta kepada-Nya adalah cinta yang berdiri sendiri dan menjadi sumber utama dari keseluruhan cinta kepada selain-Nya.
Semoga buku ini menerbitkan bibit-bibit cinta dan rindu itu penuh bermakna. Rasa lebih mencintai dan dicintai. Lebih-lebih lagi mencintai dan dicintai oleh Yang Maha Pencipta dan Pemilik Cinta Abadi iaitu Allah Azza wa Jalla.
MENJADI KEKASIH ALLAH -FATHUR RABBANI
Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir yang lebih dikenali dengan nama Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah salah seorang daripada keturunan Rasullah S.A.W melalui puteri baginda Siti Fatimah Az-Zahra. Salasilah beliau ialah Abu Muhammad Abdul Qadir bin Abi Shalih Musa bin Abdillah Al-Jiliy bin Yahya Al-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau merupakan seorang ahli tasawuf yang tidak, asing lagi dalam dunia Islam. Hasil tulisan dan buah fikiran beliau tentang ketuhanan dan tasawuf mendapat perhatian dan menjadi kajian dan rujukan cendiakiawan timur mahupun barat.
Buku ini menghimpunkan beberapa pengajaran. fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada seluruh kaum muslimin.
Walaupun fatwa dan nasihat ini telah beliau sampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu, namun pengisian don kandunganya tetap relevan dan sesuai dengan masa kita sekarang ini. Tidak ada istilah ketinggalan zaman atau tamat tempoh untuk pengisian yang penuh dan padat dengan ilmu serta nasihat yang amat berguna ini. la amat berguna untuk dijadikan panduan oleh semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan tugas dan tangungjawab mereka selaku pembawa amanah dan hamba Allah di permukaan bumi Ini. Terutama sekali dalam menundukkan pengaruh nafsu dan syaitan terhadap diri manusia dan dalam usaha kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Taqrib Al-Ikhwan Fi Ta allumi Aqa’id Al-Iman
Taqrib Al-Ikhwan Fi Ta allumi Aqa’id Al-Iman merupakan sebuah kitab yang membicarakan berkenaan perbahasan Ilmu Usuliddin ataupun turut dikenali sebagai Ilmu Tauhid.
Kitab ini dialih tulisan daripada kitab asal yang bertulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa melalakukan sebarang pindaan terhadap gaya bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan murad ( kehendak ) asal pengarang serta bagi memudahkan dalam mengikuti pengajian.
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat menjernihkan lagi kefahaman masyarakat berkaitan isu-isu aqidah yang semakin mencabar pada zaman yang penuh fitnah dan cabaran ini.
Al-Quran Berjalan Hardcover
Dunia ini adalah hina dan tercela Maka sungguh menghairankan jika ada manusia yang rela menjadi hamba-hamba dunia ini. Sungguh menghairankan mereka yang tunduk tersungkur penuh rasa hormat terhadap dunia.
Mengapa mereka tidak mengambil pelajaran dari hidup Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam? Mengapa mereka tidak mengambil pelajaran dan risalah yang dibawa oleh Baginda? Tidakkah mereka mendengar bahawa Baginda wafat tidak meninggalkan apa-apa selain lembaran-lembaran kemuliaan dan amal shalih?
Kita tidak mengatakan kepada manusia: ”Tinggalkanlah harta-benda, keluarlah dari istana-istana kalian dan janganlah kalian mengenderai kenderaan!” Kita hanya mengatakan: “Tetaplah kalian tinggal di dalam istana dan rumah-rumah mewah kalian, kumpulkanlah harta benda, tunggangilah kenderaan-kenderaan kalian. Akan tetapi, kalian janganlah sekali-kali melupakan kewajipan kalian terhadap Dzat Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Ingatlah rumah masa depan kalian yang sempit (kubur). Ingatlah dari perjumpaan dengan Tuhan, hari di mana kalian akan datang dalam keadaan telanjang kaki dan badan. Dan ingatlah hari yang dikatakan Allah: “Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, dan Kami tiada melihat beserta mu pemberi syafa’at yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu (Tuhan) di kalanganmu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kamu dan telah lenyap dari kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah) (Al-An’am: Ayat 94)
Oleh kerana itu, buku yang berada di tangan saudara ini cuba mengimbau kembali kisah bagaimana perjalanan hidup yang dilalui Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam dari mula Baginda dilahirkan sehinggalah Baginda wafat untuk dijadikan sebagai panduan hidup kita di dunia ini supaya percaya perjalanan hidup kita diredhai dan diberkati oleh Yang Maha Esa.
Cara Menghadirkan Diri Dalam Solat
Sememangnya kita sudah sedia maklum tentang penting dan utamanya ibadah solat lebih-lebih lagi solat fardu lima waktu. Tetapi persoalan yang sering timbul ialah bagaimanakah kualiti solat yang kita lakukan setiap hari. Apakah kita ini berada di kalangan orang yang mendapat kejayaan seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2. “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” Bagaimanakah cara menjadi orang yang khusyuk dalam solatnya? Dan adakah kita berazam dan berusaha untuk menjadi orang yang berjaya tersebut?
Buku hasil tulisan Syeikh Muhammad Soleh Al-Munajjid ini memberi peluang kepada kita tentang begaimana cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Khusyuk itu idaman dan matlamat utama orang bersolat. Buku ini adalah bahan bacaan yang amat berguna kepada setiap orang dalam mendapatkan solat yang berkualiti dan ingin menghadirkan dirinya dalam solat. Dan semoga dengan panduan dan huraian yang dijelaskan di dalam buku ini, solat yang kita tunai setiap hari adalah solat khusyuk dan yang diterima oleh Allah SWT.
Wanita-Wanita Syurga
Sebaik-baik teladan dan ikutan dalam kehidupan ini adalah nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Keseluruhan kisah-kisah mereka telah ditulis dan dirakam kemas di dalam lembaran sejarah Islam. Kebanyakannya mencoretkan tentang tokoh-tokoh dalam kalangan lelaki.
Adapun buku yang anda tatap ini karangan Syeikh Ahmad as-Sa’dani adalah kisah-kisah wanita-wanita syurga, sebuah buku yang membicarakan secara khusus tentang ketokohan dan keimanan mereka serta sumbangan mereka dalam mendaulatkan kebenaran Ilahi dan keunggulan Islam di persada dunia dan alam semesta. Peribadi-peribadi yang dipuji oleh Allah Taala dalam kitab suci al-Quran dan diakui juga oleh hadis-hadis baginda SAW.
Tokoh-tokoh seperti Khadijah, Fatimah, Aisyah, Hafsah, Juwairiyah, Mariam Qibtiyah, Zainab al-Jahsy, Safiyyah, Raihanah, radiallah anhunna ajmaain antara tokoh-tokoh wanita ahli syurga yang dirakamkan dalam buku ini. Wanita-wanita ini mendapat pujian daripada penduduk langit, juga mendapat pujian daripada Jibril a.s.
Selain mereka ini, isteri-isteri para sahabat nabi SAW juga dirakamkan dalam buku ini seperti Asma binti Abu Bakar, Atikah dan lain-lainnya merupakan wanita-wanita yang kuat iman dan banyak bersabar serta ikhlas amalannya dalam menggembirakan suami-suami mereka, juga turut serta dalam medan perjuangan jihad, memberikan makanan dan minuman kepada pejuang Muslimin serta merawat mereka.
Hayatilah buku ini, penuh iktibar dan sarat dengan motivasi. Moga kita dapat mengambil manfaat terbaik daripadanya dan dihimpunkan bersama mereka di dalam syurga nanti . Amin Ya Rabb.
Titik-Titik Hitam Di Persada Suci Haji & Umrah (Satu Analisa Motivasi)
The Power Of Miskin!
“Jika anda orang kaya maka bacalah buku ini. Semoga anda teringat bahawa harta kekayaan anda boleh menjadi penghalang besar jalan ke syurga. Jika anda orang miskin maka bacalah buku ini. Semoga anda teringat bahawa orang miskin pun mempunyai peluang yang besar untuk menggapai syurga. Syurga orang miskin.”
Bukan agenda utama buku ini ditulis untuk menyarankan supaya kita hidup dalam kemiskinan. Dan bukanlah juga momokan untuk kita yang kaya raya bahawa kaya itu menakutkan dan menjauhkan kita daripada syurga. Tetapi yang sebenarnya adalah akibat yang terletak kepada kedua-dua situasi ini. Kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran begitu juga dengan kekayaan.
Bagaimana cara untuk kita menghindarkan daripada lalai dengan harta kekayaan. Dan bagaimana pula cara menghindarkan kemiskinan yang membawa kepada kekufuran. Buku ini memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka yang serba kekurangan dalam kehidupan mereka agar sentiasa bersyukur dan teguh berada di atas landasan yang benar. Dan ia juga memberi nafas segar untuk mereka yang serba cukup dan mewah hidupnya agar beringat bahawa kita adalah milik Allah dan setiap apa yang kita miliki akan diminta pertanggungjawabannya. Oleh itu jangan leka dan hanyut dalam kehidupan dunia.
Peluang untuk menggapai syurga itu amat luas hanya terpulang kepada kita untuk mendapatkannya. Selamat membaca dan menggapai syurga abadi.
Terapi Mujarab Menjana Pemikiran Positif
Adakah kita sedari bahawasanya kita adalah insan terpilih setelah melalui seleksi alam ketika air kehidupan (mani) disemburkan. Berjuang bermatiÂ¬matian mengalahkan saingan yang juga ingin menjadi ‘sang juara’ seperti kita. Lahir ke dunia tanpa perasaan takut dan akal fikiran di mana semuanya dapat kita ceduk dan pelajari dalam tempoh kita membesar menjadi dewasa. Sewaktu menganjak dewasa salah satu perkara terpenting yang perlu diterapkan adalah ‘input’ dan pemikiran positif serta mengelakkan ‘input’ dan segala perkara negatif masuk ke dalam minda kita.
lni kerana keperibadian dan hasil terbaik serta kualiti seseorang itu bergantung kepada positif atau negatifnya pemikiran.
Terhasilnya buku ini “Terapi Mujarab Menjana Pemikiran Positif” sebagai pemangkin dan pencerna bagi sesiapa yang ingin mengetahui rahsia bagaimana menjana pemikiran ke arah yang lebih positif justeru menuntun kehidupan yang lebih baik dan berjaya serta menikmati kenikmatan hidup di dunia mahupun akhirat. Insya Allah.
Solat Ringan Mudah Praktik Mengikut Al-Quran & As-Sunnah
Sebagai hamba Allah, seseorang insan perlu mempunyai hubungan yang tidak kunjung putus dengan Allah s.w.t. dimana taliannya: 24434 menerusi lima kali solat dalam sehari: subuh (2), Zohor (4), Asar (4), Maghrib (3), Isyak (4) rakaat. Seandainya hubungan ini tergendala atau terputus, meskipun buat satu kali, maka dia sudah menjejaskan nasib dan kedudukan seseorang di sisi Tuhannya.
Perhatian betapa eratnya hubungan solat dengan Tuhan Maha Pencipta bagaimana yang digambarkan dalam Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Thaha ayat 14:
Ertinya:
Sesungghnya Aku inilah Allah, tiada Tuhan selain Aku, sebab itu sembahlah Aku dan tetaplah bersolat untuk mengingati Aku.