Kemahiran & Pengetahuan Am – Al Hidayah

Buku Pengetahuan Wajib Bagi Setiap Muslim
Perkara asas atau pokok hendaklah diperkuatkan agar sesuatu itu lebih teguh dan kukuh. Begitu juga untuk setiap individu Muslim, pengetahuan asas dan pokok amatlah penting sebagai permulaan ke arah memahami dan menghayati Islam sebagai agama yang dianuti dan diyakini. Apabila kita benar mengenali dan memahami Islam maka akan lebih mudah untuk kita mengamalkan dan menjadi Islam sebagai ‘way of life’ atau gaya hidup. Pokok persoalan merangkumi bab tauhid, akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan sebagai seorang Muslim. Ini adalah perkara asas yang perlu diperkukuhkan. Sekiranya perkara-perkara asas ini diabaikan maka kehidupan sebagai seorang Muslim akan terumbang-ambing. Islam hanya pada nama atau Islam hanya kerana ibubapanya Islam. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Kurangnya pengukuhan dalam pengetahuan asas Islam boleh menyebabkan seseorang itu begitu mudah terpedaya dan dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif khususnya yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam. Lebih-lebih lagi di zaman serba canggih ini. Informasi dan maklumat mudah dicapai di alam maya dan di awan. Tanpa penapisan dan tanpa sempadan. Situasi ini adalah amat berbahaya kepada individu yang asas pengetahuan agama sedikit dan longgar. Mudah sahaja dikuasai oleh kelicikan dakyah musuh-musuh Islam. Sebagai usaha untuk memperkukuhkan asas pengetahuan Islam itu adalah wajib untuk setiap Muslim mempelajari, memahami dan mengamalkan ilmu-ilmu fardu ain ini. Buku ini menghidangkan kepada pembaca pengetahuan asas tersebut. Semoga pengetahuan itu dimanfaatkan untuk meraih sebanyak-banyak ganjaran daripada Allah S.W.T.

Kuasai Bahasa Inggeris Master Your English in 30 Days
Buku ini diterbitkan khas untuk membantu penduduk Malaysia menguasai bahasa Inggeris secara praktikal dan mudah. Kita dapati masih terdapat ramai lagi penduduk Malaysia gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik walaupun sudah mempelajarinya lebih daripada 100 tahun diperingkat sekolah rendah dan menengah. Di antara sebab utama berlakunya masalah ini ialah kurangpembacaan terhadap bahan-bahan cetak seperti surat khabar, buku dan lain-lain.

Di samping itu, sikap malu dan rendah diri tidak bertempat juga menjadi masalah utama kepada penduduk Malaysia terutamanya orang Melayu dalam mempraktikkan bahasa Inggeris.

Lahirnya buku “Kuasai Bahasa Inggeris Cara Mudah (30 Hari)” diharapkan akan menjadi pemangkin untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Dengan menggunakan ayat-ayat mudah serta mengikut kontek Malaysia, diyakinin buku ini dapat menjadi panduan serta rujukan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan betul dan penuh keyakinan.

Home Schooling Satu Penemuan Pendidikan Berkesan
Dalam bidang pendidikan, semua warganegara adalah berhak mendapat pendidik. Paling minima, pendidikan wajib yang mesti dilalui oleh setiap warganegara sehingga kini adalah selama 11 tahun daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Malah seseorang itu tidak dihalang untuk mendapatkan pendidikan setinggi mungkin, selagi tuan punya dirinya berkemampuan sama ada dari segi fizikal, mental dan material. Hal ini termaktub di dalam perlembagaan negara.

Walaupun kepesatan bidang pendidikan sekarang yang semakin maju ditambah pula dengan kemajuan sistem teknologi dan maklumat. Ini membuat bidang pendidikan ini semakin terbuka tanpa sempadan. Pendidikan secara formal iaitu dengan adanya institusi pembelajaran dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke institusi pengajian tinggi adalah biasa kita lihat.

Namun terdapat idea untuk mengadakan pembelajaran secara ‘Home Schooling’, iaitu sistem pendidikan tanpa pergi ke sekolah atau institusi pendidikan. Ini timbul setelah banyak faktor yang melibatkan persekitaran yang kurang menyenangkan khususnya dari sudut keselamatan dan beberapa sebab lain. Bagaimana sistem ini boleh direalisasikan? Mungkin ada dari kalangan warganegara yang tidak mampu untuk menjalani pendidikan secara normal seperti orang disebabkan sebab tertentu. Ini adalah salah satu alternatif bagi mereka untuk mendapat pendidikan seperti orang lain. Buku memberi sedikit pencerahan tentang kelebihan dan kekurangannya, kurikulum, metodenya, pengurusan, tip-tip menggembangkannya. Dan juga diberikan beberapa contoh sistem ‘home schooling’ yang terdapat di Indonesia. Semoga ini dapat memberikan idea untuk masyarakat sekitar khususnya di Malaysia.

Ensiklopedia Bencana Alam
Pernahkah anda melihat wajah-wajah ketakutan orang yang sedang mengalami gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, puting beliung, letusan gunung berapi dan bencana-bencana lain lagi? Atau mungkin anda pernah mengalaminya sendiri? Suasana tegang dan cemas pasti tidak dapatkan dihindarkan.

Ia bukan sahaja memahatkan perasaan ketakutan dan kesedihan, malah ia jugak mampu memusnahkan semua yang berada di sekitarnya. Itulah alam, apabila ia memperlihatkan kegarangannya, manusia tidak akan mampu mencegahnya.

Bencana alam ini amat sukar untuk kita jangkakan. Namun adakah kita hanya pasrah sahaja saat melihat alam mulai ‘garang’? Apakah yang sepatutnya kita lakukan untuk meredakan ‘kemarahan’ alam itu?

Persoalan itulah yang akan dirungkaikan di dalam buku ini. Dengan menerangkan tentang berbagai jenis bencana, lengkap dengan karakteristiknya, buku ini diharap dapat membantu kita mengenali saat bencana tersebut akan berlaku. Bahkan ia dapat membantu kita untuk ‘bersikap mesra’ atau bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku disebabkan bencana tersebut.

Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan buku ini dan jadikan alam sahabat anda. Belai dan sayangilah ia dengan penuh kasih sayang.

Cara Pantas Mengatasi Orang Yang Sukar Diurus
Interaksi dan komunikasi yang balk dan berkesan sesama insan sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Tidak dapat tidak, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan corak sikap dan personaliti orang di sekeliling kita.

Kita mungkin akan berjumpa dengan orang yang keras kepala, sukar menerima pendapat orang lain, mudah berputus asa, suka membantah cakap orang lain atau terlalu sensitif. Pastinya, orang-orang yang mempunyai sikap sebegini akan mengganggu sedikit sebanyak proses perjalanan kehidupan kita dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Anda tidak perlu gusar dan runsing dalam berhadapan dengan orang-orang seperti ini kerana semuanya boleh diselesaikan apabila anda ada persamaan berkaitan dengan sistem nilai, persepsi, sikap dan cara mereka berfikir. Buku ini tampil mengupas dengan terperinci peribadi-peribadi manusia yang sukar diurus serta teknik-teknik pantas untuk menangani dan berhadapan dengan mereka. Semoga bermanfaat dan selamat membaca!