Hadis & Ilmu Hadis – Al Hidayah
Ringkasan Ihya’ Ulumuddin H/C
Kitab Ihya’ Ulumuddin merupakan antara kitab rujukan klasik yang popular daripada kitab-kitab klasik-tradisional yang ada. Bahkan hingga kini, kitab ini tetap dijadikan rujukan utama bagi para ahli sufi dan ahli agama. Buku ringkasan Ihya’ Ulumuddin ini merupakan ringkasan daripada kitab Ihya’ Ulumuddin yang berjilid-jilid jumlahnya. Walaupun sudah banyak ringkasan yang telah dilakukan, buku ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana ringkasannya dilakukan sendiri oleh Imam al-Ghazali, dengan menjaga intisari dan tujuan buku tersebut.
Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Abu Hamid al-Ghazali ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam mengekang ancaman dan serangan materialisme yang menghembuskan racun-racun taksubkan kebendaan dan kecintaan kepada dunia. Melalui usaha beliau yang murni, ramai mula sedar bahawa aspek kesufian juga mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan memberikan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat.
Kitab ini mengandungi panduan-panduan tentang adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil pemerhatian yang mendalam dan tajam daripada Imam Ghazali tentang berbagai perkara khususnya tentang penyucian hati. Bacalah buku ini dan jadikannya sebagai koleksi bacaan dan rujukan keluarga, pejabat ataupun bahan santapan rohani yang bermanfaat.
40 Hadis Qudsi Berkenaan Ibadah Dan Zikir
Apakah yang dimaksudkan dengan Hadis Qudsi?
Seorang Muslim perlulah jelas apakah yang dimaksudkan dengan Hadis Qudsi. Hadis Qudsi adalah kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW, maknanya daripada Allah SWT manakala lafaznya daripada Rasulullah SAW.
Kebanyakan Hadis Qudsi membicarakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan Zat Allah SWT, sifat-sifat-Nya, kebesaran-Nya, luas rahmat-Nya serta kekuasaan-Nya.
Bagi mendapatkan gambaran yang nyata, buku ini mendatangkan 40 matan Hadis Qudsi berserta maknanya untuk bacaan para Muslimin dalam memahami dengan lebih jelas bentuk dan isi hadis tersebut dan sesuai dijadikan bimbingan rohani dalam kehidupan seharian.
Sahih Al-Lu’Lu’ Wal-Marjan H/C
Hadis Rasulullah SAW adalah rujukan utama yang kedua bagi umat Islam selepas Al-Quran Al-Karim. Sumber kedua dalam Islam itu kini telah banyak bercampur-aduk antara hadis dan bukan hadis. Maka, menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memastikan sumber hadis yang benar-benar sahih untuk diamalkan.
Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah dua tokoh yang sangat masyhur dalam dunia periwayatan hadis. Kedua-duanya mempunyai cara dan prinsip yang tersendiri dalam proses menerima dan meriwayatkan hadis Nabi SAW. Mereka terkenal dengan sikap teliti dan amanah dalam meneliti hadis serta sangat mementingkan sanad hadis daripada perawi-perawi yang adil dan dhabit. Selain itu, kedua-dua imam ini akan memastikan setiap hadis tidak syaz (lemah) dan tiada illah (kecacatan). Inilah yang dikatakan hadis sahih.
Sahih al-Lu’lu’ wal Marjan merupakan kitab rujukan muktabar yang menghimpunkan hadis yang paling tinggi tingkat kesahihannya iaitu hadis muttafaq ‘alaih (yang disepakati) daripada Imam Bukhari dan Muslim. Kitab ini sangat istimewa kerana telah menyatukan intisari berharga yang telah ditulis oleh dua imam masyhur iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim. Penulis telah menggabungkan teks hadis yang paling sesuai daripada dua kitab; Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serta memuatkannya ke dalam satu kitab. Penyusunan hadis yang mengikut bab, pernomboran hadis yang sistematik serta takhrij hadis yang lengkap akan memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu dalam proses pembacaan, pemahaman dan membuat rujukan.
Mudah-mudahan buku ini dapat membantu kita dalam mengamal dan menjalani kehidupan seharian yang bertepatan dengan tuntutan Allah SWT dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Sabda-Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
Buku kecil yang mengandungi hadis-hadis pilihan daripada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. ihi adalah hadis-hadis yang telah disusun oleh Maulana Wahiduddin Khan, bertajuk “Words Of The Prophet Muhammad s.a.w., Selection From the Hadith”. Buku ini telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh Goodword Books Pvt. Ltd. New Delhi, India pada sejak 1997. Buku ini adalah berdasarkan daripada terbitan kali kelimanya pada tahun 2005. Setelah diteliti akan kesemua 157 buah hadis-hadis yang terkandung di dalam buku ini. kami merasakan adalah wajar ia diterjemahkan ke Bahasa Malaysia untuk tatapan umum di Malaysia pula. Hadis-hadis yang dikemukakan terbahagi kepada tajuk-tajuk seperti berikut:
I. Keimanan dan Jihad
2. Solat dan Taubat
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji, Umrah dan Jihad
6. Memohon kepada Allah
7. Hari Pembalasan
8. Percakapan yang disukai Tuhan
9. Keangkuhan
10. Bacaan Al-Quran
11. Di Akhirat
12. Perhatian Berat Terhadap Ibu Bapa
13. Kejiranan
14. Rasuah
15 . Dalam Majlis
16 . Terhadap Bukan Islam
17 . Para Suami
18 . Para Isteri
19 . Persaudaraan Islam
20 . Melawat Yang Sakit
21 . Pemberian Orang
23 . Pemiagaan
24 . Pemberi Hutang
25 . Amanah Orang
26. Berkat Bercucuk Tanam
27. Menyimpan Rahsia
28 Berkaitan Dengan Nabi s.a.w. dan lain-lain lagi.
Kesemua hadis-hadis ini mempunyai rujukannya seperti daripada Imam al-Bukhary. Muslim, Ahmad ibn Hambal, At-Tirmidzi, At-Thabrani dan lain-lainnya yang bersumberkan daripada Abu Hurayrah r.a., Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Abu Ayyub Al-Ansari r.a., Abdullah bin Umar r.a., Ali Thalib r.a. dan sebagainya.
Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, diharap kesemua hadis-hadis ini dapat memberikan banyak faedah di samping ianya mudah dijadikan bahan rujukan pantas untuk para Muslimin semuanya.
Ringkasan Sahih Muslim H/C Jil 2
Keterangan Buku [Pada tanggal 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, di Lembah Uranah, Pergunungan Arafah, Rasulullah SAW telah menyampaikan sebuah khutbah. Khutbah ini juga dikenali sebagai khutbah yang terakhir. Memetik satu perkara yang disentuh oleh Baginda SAW di dalam khutbah itu berkenaan wasiat yang ditinggalkan.”… Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan saksama dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. ltu adalah Al-Ouran dan Sunnahku…”Apa itu Sunnah Nabi SAW ? Sunnah adalah segala perbuatan, perkataan dan diam Baginda S.A.W. Sunnah merupakan rujukan terpenting untuk seluruh umat Islam dalam kehidupan seharian.. Jelas melalui klasifikasi ini, bahawa apa yang dibicarakan di dalam hadis-hadis Nabi SAW ini merangkumi semua perkara. Yang bermula dengan bab iman dan Islam, diikuti tentang taharah, ibadah, kekeluargaan, adab kehidupan, ekonomi, politik dan pemerintahan serta tentang sejarah dan ketokohan.Pembahagian bab dan klasifikasi ini dibuat bagi memudahkan para pembaca untuk membaca, memahami dan menghafalnya. Buku ini dipecahkan kepada dua jilid. Satu rujukan dan bacaan yang amat sesuai untuk dijadikan koleksi dan rujukan semua lapisan masyarakat.
Ringkasan Sahih Muslim H/C Jil 1
Keterangan Buku [Pada tanggal 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, di Lembah Uranah, Pergunungan Arafah, Rasulullah SAW telah menyampaikan sebuah khutbah. Khutbah ini juga dikenali sebagai khutbah yang terakhir. Memetik satu perkara yang disentuh oleh Baginda SAW di dalam khutbah itu berkenaan wasiat yang ditinggalkan.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan saksama dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. ltu adalah Al-Ouran dan Sunnahku…”Apa itu Sunnah Nabi SAW ? Sunnah adalah segala perbuatan, perkataan dan diam Baginda S.A.W. Sunnah merupakan rujukan terpenting untuk seluruh umat Islam dalam kehidupan seharian.Di dalam Ringkasan Sahih Muslim dirangkumkan hadis-hadis sahih yang telah diklasifikasikan mengikut bab-bab perbincangan. Jelas melalui klasifikasi ini, bahawa apa yang dibicarakan di dalam hadis-hadis Nabi SAW ini merangkumi semua perkara. Yang bermula dengan bab iman dan Islam, diikuti tentang taharah, ibadah, kekeluargaan, adab kehidupan, ekonomi, politik dan pemerintahan serta tentang sejarah dan ketokohan.Pembahagian bab dan klasifikasi ini dibuat bagi memudahkan para pembaca untuk membaca, memahami dan menghafalnya. Buku ini dipecahkan kepada dua jilid. Satu rujukan dan bacaan yang amat sesuai untuk dijadikan koleksi dan rujukan semua lapisan masyarakat.
Ringkasan Sahih Bukhari H/C Jilid 2
Imam Bukhari atau Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin AI-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari adalah salah seorang ahli hadis yang termasyhur sejak dahulu lagi. Kitab-kitab fiqh dan hadis hasil pengumpulan dan penapisannya memiliki darjat atau tahap kualiti yang tinggi. Semuanya ini adalah kerana disiplin pengumpulan dan penapisan hadisnya adalah begitu ketat dan sistematik, demi untuk memastikan kesahihan hadis yang diriwayatkan.
Oleh sebab itu, sebahagian ilmuan lain menggelarkannya sebagai Amirul Mukminin fil Hadis (Pemimpin kaum Mukmin dalam perkara Ilmu Hadis). Kitab-kitab hasil tulisan merupakan khazanah yang sangat berharga kepada dunia Islam hingga sekarang ini. la menjadi rujukan dan bacaan oleh umat Islam di seluruh dunia. Malah is telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Kitab Sahih Bukhari merupakan salah satu daripadanya. Kitab ini merupakan rujukan utama dalam membahaskan permasalahan fiqh, ibadah dan banyak lagi isu lain.
Kitab ini telah diringkaskan oleh Imam Az-Zabidi atau Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Az-Zabidi al-Yamani. Beliau telah memilih dan menyusun semula kumpulan hadis yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan dikategorikan berdasarkan tema-temanya. Selain itu saringan semula dilakukan bagi hadis-hadis yang berulang dan hanya mengambil hadis yang mempunyai sanad yang muttasil (rangkaian riwayatnya bersambung dan tidak putus) kemudian dikiasifikasikan ke bab-bab yang berkenaan untuk memastikan tiada pengulangan.
Metodologi dan disiplin ilmu para ilmuan dan cendekiawan terdahulu dalam bidang ilmu telah memberikan sinar berpanjangan kepada dunia ilmu pengetahuan. Di mana is boleh dinikmati oleh umat Islam sehingga sekarang. Ini memberikan sebuah alasan terbaik untuk kita memiliki koleksi buku ilmiah ini yang boleh dijadikan bacaan dan rujukan setiap masa.
Ringkasan Sahih Bukhari H/C Jilid 1
Imam Bukhari atau Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin AI-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari adalah salah seorang ahli hadis yang termasyhur sejak dahulu lagi. Kitab-kitab fiqh dan hadis hasil pengumpulan dan penapisannya memiliki darjat atau tahap kualiti yang tinggi. Semuanya ini adalah kerana disiplin pengumpulan dan penapisan hadisnya adalah begitu ketat dan sistematik, demi untuk memastikan kesahihan hadis yang diriwayatkan.
Oleh sebab itu, sebahagian ilmuan lain menggelarkannya sebagai Amirul Mukminin fil Hadis (Pemimpin kaum Mukmin dalam perkara Ilmu Hadis). Kitab-kitab hasil tulisan merupakan khazanah yang sangat berharga kepada dunia Islam hingga sekarang ini. la menjadi rujukan dan bacaan oleh umat Islam di seluruh dunia. Malah is telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Kitab Sahih Bukhari merupakan salah satu daripadanya. Kitab ini merupakan rujukan utama dalam membahaskan permasalahan fiqh, ibadah dan banyak lagi isu lain.
Kitab ini telah diringkaskan oleh Imam Az-Zabidi atau Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Az-Zabidi al-Yamani. Beliau telah memilih dan menyusun semula kumpulan hadis yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan dikategorikan berdasarkan tema-temanya. Selain itu saringan semula dilakukan bagi hadis-hadis yang berulang dan hanya mengambil hadis yang mempunyai sanad yang muttasil (rangkaian riwayatnya bersambung dan tidak putus) kemudian dikiasifikasikan ke bab-bab yang berkenaan untuk memastikan tiada pengulangan.
Metodologi dan disiplin ilmu para ilmuan dan cendekiawan terdahulu dalam bidang ilmu telah memberikan sinar berpanjangan kepada dunia ilmu pengetahuan. Di mana is boleh dinikmati oleh umat Islam sehingga sekarang. Ini memberikan sebuah alasan terbaik untuk kita memiliki koleksi buku ilmiah ini yang boleh dijadikan bacaan dan rujukan setiap masa.
Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi
Hadis-hadis yang ada di dalam buku ini telah dikumpulkan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dengan tujuan menjadi dasar atau sumber yang kukuh sebagai nasihat serta pengajaran bagi para mukmin yang senantiasa haus akan kesempurnaan pengabdiannya kepada Ilahi, sekaligus menjadi peringatan bagi para muttaqin.
Beliau memilih di antara sekian banyak hadis qudsi untuk disampaikan kepada kaum Muslimin, supaya ada sinar yang boleh menunjukkan mereka ke jalan yang lurus, mengajak mereka zuhud, tawadduk, sabar, takut kepada Allah (Azza wa Jalla) serta berserah diri dengan sepenuhnya kepada -Nya.
Hal-hal seperti ini sudah tentu amat digemari orang-orang mukmin dan orang-orang yang rajin beramal, supaya mereka sentiasa dalam keredaan Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang di dunia juga di akhirat.
Mustika Hadis-Hadis Al-Qudsi Sahih Jil 2 HC
Sesungguhnya buku ini ialah terjemahan dari kitab anal yang berbahasa Arab, susunan Isomuddin bin Sayyid Abdul Robbuni AS-Soobaathi yang bertajuk “Sahib aI-Ahaadis al-Qudsiah” terbitan Darul Hadis Kaherah, Mesir, iaitu Himpunan Hadis-Hadis Qudsi yang sahih. Sesungguhnya hadis al-Qudsi ialah hadis yang diriwayatkan Rasulullah SAW daripada Allah SWT; ada pun ibarat dan lafaz hadis ini terpulanglah kepada Rasulullah SAW untuk? mengucapkannya. Tiada perbezaan atau pencanggahan antara hadis al-Qudsi dengan hadis an-Nabawi melainkan isnad, di mana hadis al-Qudsi isnadnya kepada Allah SWT
Hadis al-Qudsi tidak berperanan untuk memperjelasl?an huhum-hakam fekah dan tidak juga untuk menerangkan syariat-syariat ta’abbudiah, seperti hadis an-Nabawi, namun is tertumpu arah pembinaan dan pembentukan jiwa insani yang lurus. Hadis-hadis Qudsi berperanan mentarbiah jiwa insan agar mencapai maksud-maksud syariat dan rabbaniah.