About Us

Who We Are

Sepanjang 24 tahun penglibatan Al-Hidayah dalam industri penerbitan telah melalui pelbagai tahap perkembangan industri penerbitan buku dan budaya membaca di Malaysia. Selain itu juga, bagaimana industri ini semakin rancak berkembang seiring dengan meningkatkan budaya membaca dan tahap literasi di Malaysia. Hakikatnya inilah merupakan salah satu peluang untuk kami menyampaikan ilmu dalam istilah lain boleh dikatakan sebagai ‘Tabligh’, tetapi daripada perspektif perkongsian ilmu melalui bahan bacaan. 

Komitmen kami selaku penerbit untuk menerbit dan menghasilkan buku-buku terbaik telah direalisasikan oleh penerimaan dan maklum balas daripada pembaca dan pelanggan kami. Pihak kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama kami dalam menyebar luaskan lagi dakwah dan ilmu melalui penerbitan buku ini.

Awards & Recognition

Al Hidayah House Of Quran Sdn Bhd

Sebuah rumah penerbitan yang khusus dalam menerbitkan Mushaf Al-Quran, Terjemahan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dan juga buku-buku berkaitan ilmu Al-Quran.

AL HIDAYAH HOUSE OF QURAN 2

Al Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd

Adalah syarikat penerbitan yang paling muda sekali. Ia mengambil peranan dalam penerbitan buku-buku yang dibeli hak penerbitannya daripada penerbit-penerbit dari Indonesia. Selain itu juga menerbitkan buku buku hasil tulisan penulis tempatan

Ar-Risalah Product Sdn Bhd

Bertindak sebagai penerbit bagi buku-buku ilmiah dan rujukan yang di luar kategori buku agama. Namun masih seiring dengan ilmu dan keperluan Fardu Kifayah seperti buku kemahiran berbahasa, kamus, buku kesihatan umum, novel Islamik, buku remaja dan kanak-kanak. Selain itu juga berfungsi sebagai pengedar untuk buku-buku terbitan Kumpulan Syarikat Penerbitan Al-Hidayah dan juga agen pengedar untuk buku buku  terbitan penerbit lain. Selain daripada mengedarkan buku dan bahan bacaan Ar-Risalah juga mengedarkan barang-barang kegunaan ibadah seperti sejadah, tasbih, rehal, penunjuk Quran dan lain-lain.

Al Hidayah Publication

Merupakan antara syarikat yang ditubuhkan untuk menerbitkan buku dan kitab rujukan agama yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan juga buku terjemahan daripada Bahasa Arab.