Menjadi Suami Isteri Paling Bahagia

RM15.00

Availability: In stock

SKU: 9789673681792 Categories: ,

Perkahwinan atau pernikahan adalah satu asas yang kuat dan ikatan suci yang menyatukan pasangan suami isteri berdasarkan asas-asas syariah,akhlak mulia dan adat bagi mewujudkan sebuah institusi keluarga yang sakinah serta mamaddah ma rahmah. Dengan asas-asas ini juga akan menerbitkan syurga yang membahagiakan. Namun amat malang apabila kita melihat institusi keluarga yang didirikan tanpa asas-asas syariah, akhlak mulia yang sebenar. Yang hanya terbina di atas dasar cinta nafsu, kebendaan dan dunia yang sering tersasar pedomannya. Inilah yang akan meruntuhkan institusi keluarga yang dibina. Oleh itu dalam din setiap pasangan amat perlu disiapkan ilmu dan pengetahuan tentang kekeluargaan dan keibubapaan. Ini amat penting kerana ia adalah asas utama untuk melahir dan membangunkan sebuah generasi penyambung yang soleh dan solehah. Generasi yang cemerlang dunia dan akhirat. Mudah-mudahan buku ini akan rnenjadi wadah agar terbinanya sebuah keluarga yang bahagia dan diredai Allah S.W.T. Semoga andalah pasangan suami isteri yang paling bahagia itu.

Weight 0.375 kg
Dimensions 5 × 7.5 in