Buku ini menjelaskan bahawa untuk menjadi pejuang Allah itu bukanlan mudah, malah pasti mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran terlebih dulu sebelum boleh menyandang jawatan tersebut. Ini bererti syurga yang disediakan oleh Allah itu tidak mudah dimasuki begitu saja tanpa perjuangan dan orang yang boleh daripada perjuangan itu adalah pejuang Allah.
Sifat-sifat dan ciri-ciri yang sebeginilah yang hendak dipupuk dan ditanam di kalangan anggota masyarakat, baik masyarakat pelajar sekolah menengah, maktab-maktab penguruan dan institusi pengajian tinggi. Bahkan juga kepada umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Dengan kemunculan buku ini diharap dapatlah sedikit sebanyak memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi membekalkan anggota masyarakat sebagai warganegara Islam yang berfungsi dan bertanggungjawab melaksanak an hukum-hukum Allah sesuai dengan saranan Al-Quran.




