Perukunan

RM8.00

Penulis : Al-Alim Al-Fadhil Al-Syeikh Muhammad Arsyad Mufti Banjar

Alih Tulisan Jawi ke Rumi: Ustazah Noraine Abu

Muka Surat: 153

Availability: In stock

SKU: 9789670267630 Categories: ,

Adalah fardu bagi setiap Muslim dan Muslimah yang aqil baligh untuk mengetahui akan makna dua kalimah syahadah dan mengetahui segala rukun Islam dan rukun Iman dan menetapkan dengan hati akan segala iktikad.

Rukun Islam terdiri daripada lima perkara:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan solat lima waktu.
  3. Berpuasa di bualan Ramadhan.
  4. Menunaikan zakat.
  5.  Mengerjakan ibadah Haji bagi yang berkemampuan.

Manakala Rukun Iman pula terdiri daripada enam perkara

  1. Percaya kepada Allah SWT.
  2. Percaya kepada Malaikat-Malaikat-Nya.
  3. Percaya kepada Kitab-Kitab-Nya.
  4. Percaya kepada Rasul-Rasul-Nya.
  5. Percaya kepada Hari Kiamat.
  6. Percaya kepada Qadak dan Qadar.

Buku ini merupakan sebuah kitab Jawi lama yang popular digunakan di dalam majlis-majlis ilmu di pondok, surau atau masjid. Untuk memudahkan generasi muda dalam menghayati cahaya ilmu ini, diterbit buku “Perukunan” ini dalam tulisan rumi. Semoga ilmu yang terkandung di dalam buku ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Weight 0.2 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in