Solat Tahajjud Atasi Masalah Kewanganmu

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789674391508

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4100KG
Sales price: RM 15.00
Price / kg:

Quick Overview

Penulis : H.M. Amrin Rauf & Rizem Aizid

Alih Bahasa : Nabilah Abd. Jalil

Disemak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 182

Ketenangan dan ketenteraman yang diperoleh oleh seseorang yang mengamalkan Solat Tahajjud memiliki nilai kerohanian yang tinggi. Sebabnya, dalam Solat Tahajjud terdapat dimensi zikrullah (mengingati Allah S.W.T). Allah Taala menjelaskan di dalam Surah Ar-Ra'ad ayat 28: 

"(Iaitu) Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah jua hati menjadi tenteram."

Sentiasa mengingati Allah S.W.T. menjadikan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini adalah rezeki Allah S.W.T. yang hanya dianugerahkan kepada orang yang beriman. Ia juga dapat memupuk usaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan yang diperoleh membuktikan Allah S.W.T. telah melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya dalam usaha-usaha yang anda lakukan.

Benarkah Solat Tahajjud dapat menjadikan usaha kita menjadi lancar?

Untuk mengetahui jawapannya, bacalah buku ini.

Reviews

There are yet no reviews for this product.