Pelbagai Jenis Solat Untuk Mengatasi Masalah Hidup

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670465739

In Stock - 97  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.3950KG
Sales price: RM 13.00
Price / kg:
Keterangan Buku:
 
Hidup ini tidak pernah sunyi daripada dugaan atau masalah. Malah sering kali setelah selesai situ masalah akan menyusul pula masalah lain. Lebih mencabar lagi apabila masalah ini melanda bertimpa-timpa. Pastinya "kepada bagai nak pecah dibuatnya". Binggung, stres dan perasaan tidak keruan menguasai diri. Terkadang dirasakan bagaikan sudah tidak ada jalan keluar daripada masalah-masalah itu. Tapi jangan sesekali berputus asa atau mengambil jalan singkat melarikan diri daripada masalah. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersolatlah. Selain solat fardu, tunaikanlah solat sunat khusus dengan penuh istiqamah.
 
Solat Sunat Tasbih adalah solat yang akan mendekatkan kits kepada Allah. Apabila reda Allah sudah dicapai, pasti kebahagiaan hidup tidak sukar untuk dicapai. Hidup kita tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, sama ada besar atau kecil. Adakah kita akan terus hanyut dalam gelombang dosa kecil dan ombak dosa besar. Ketuklah pintu taubat dan masuklah. Tunaikan Solat Sunat Taubat, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu.

Berhajat mendapatkan sesuatu, kepada siapa ingin kita pohonkan hajat itu. Pasti Allah, pencipta seluruh alam. Laksanakanlah Solat Sunat Hajat. Sampaikan keinginan kita dengan penuh kerendahan hati sebagai hamba-Nya Insya Allah, dengan Kasih sayang Allah, permohonan hamba tidak akan dipersiakan.

Ketahui solat-solat sunat khusus lain yang boleh kita amalkan dalam meraih keredaan dan kasih sayang Allah di dalam buku ini. Semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang kita amalkan akan sentiasa mendapat keredaan dan keberkatan Allah.

Reviews

There are yet no reviews for this product.