In Stock - 97 ITEMS
Penulis : Atiqah Hamid
Alih Bahasa : Nabilah Abd. Jalil
Editor : Al hidayah
Muka Surat:174
Mencari pasangan yang soleh/solehah adalah satu tuntutan. Mendapat cahayamata yang boleh melengkapkan perjalanan menuju akhirat adalah satu harapan. Seorang muslim tidak sempurna agamanya tanpa berkahwin. Manakala sebuah keluarga tidak lengkap tanpa kehadiran cahayamata yang akan menemani hari-hari yang indah sepanjang kehidupan. Hakikatnya, tidak semua yang kita inginkan menjadi kenyataan. Soal jodoh dan keturunan adalah ketentuan Allah s.w.t. Sebagai hamba-Nya kita wajib memohon kehadrat Allah s.w.t. agar segala urusan dipermudahkan. Penulis memaparkan bagaimana Solat Tahajjud boleh menjadi penyelesaian bagi kita yang belum memperoleh jodoh atau keturunan. Selain itu buku ini juga membahaskan mengenai cara Solat Tahajjud, keutamaan lain Solat Tahajjud serta doa dan amalan yang dapat membantu kita dalam usaha memperoleh jodoh dan keturunan. Beberapa tip juga dikongsikan untuk mudah bangun malam dan seterusnya dapat menunaikan Solat Tahajjud dengan khusyuk.