Hal-Hal Yang Membatalkan Solat Anda

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670465562

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 5.5000IN
Product Heigth: 8.0000IN
Product Weight: 0.4100KG
Sales price: RM 13.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang: Ali Hasan

Alih Bahasa : Nur Thairah Syamsuddin

Disemak Oleh : Dr. Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat: 176

Keterangan Buku :
Solat pada bahasa bermaksud berdoa atau mengagungkan. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman: "Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman". Solat merupakan ibadat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim dan Muslimah yang mukallaf di mana Islam telah mengajarkan kita supaya melatih kanak-kanak menunaikan solat sejak daripada umur 7 tahun lagi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
 
"Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur"
 
Meninggalkan solat dengan sengaja tanpa uzur juga dikategorikan sebagai melakukan dosa besar dan boleh membawa kepada kekufuran jika disertai dengan rasa engkar akan kefarduannya. Bahkan ibadah agung inilah yang akan pertama kali dihisab oleh Allah SWT di padang Mahsyar sebelum amalan-amalan yang lain. Buku yang padat tentang solat ini disusun khas buat para pembaca di mana kandungannya meliputi pengertian solat, syarat-syaratnya, nilai solat dalam kehidupan, persiapan menunaikan solat, perkara-perkara yang membatalkan solat, disunatkan, makruh, solat-solat sunat, cara-cara solat Rasulullah SAW serta panduan untuk khusyuk dalam solat. Hayatilah ibadat solat dengan menunaikannya dengan sepenuh hati agar kita sentiasa pasrah, rindu, cinta dengan penuh rasa penghambaan kepada Pencipta yang Maha Agung, Tuhan semesta alam yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Reviews

There are yet no reviews for this product.