Fiqh Sunnah Tentang Solat

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675984464

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.0000IN
Product Heigth: 10.0000IN
Product Weight: 0.8750KG
Sales price: RM 45.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang: Syeikh Sayyid Sabiq

Penterjemahan: Ustaz Mohd.Suhail

Penyunting: Mohd.Puzhi Usop,Ust.Muhammad Sabri Bin Sahrir

Muka Surat: 385

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat" - (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Solat adalah ibadah yang terdiri daripada perkataan (ucapan) dan perbuatan tertentu yang dimulakan dengan membaca takbir dan diakhiri dengan mengucapkan salam. Kedudukan ibadah solat ini amat istimewa dibandingkan dengan ibadah lain. Ia merupakan asas atau tunjang agama. Tanpanya Islam tidak akan dapat berdiri kukuh. Pada hari Pembalasan kelak amalan yang pertama akan dihisab adalah Solat. Malah sebelum Rasulullah S.A.W wafat, Baginda S.A.W terus berpesan kepada umat Islam untuk menjaga solat.

Sayyid Sabiq merupakan toko ulama yang pakar dalam hukum Islam. Ilmu dan kefahamannya tentang Islam amat luas. Beliau telah menjadi rujukan dalam bidang agama. Manakala buku-buku tulisannya pula menjadi rujukan dan panduan umat Islam kini di dalam bab fikah dan hukum.

"Fiqh Sunnah Tentang Solat" karya Sayyid Sabiq memperincikan penjelasan tentang solat. Juga dijelaskan berkenaan perbezaan pendapat antara mazhab dalam pelaksanaan solat. Perbezaan tersebut dijelaskan dengan teliti disertakan dalil-dalilnya. Dengan penjelasan yang diutarakan itu, kita akan lebih memahami ilmu berkenaan solat ini. Kefahaman tentang solat adalah amat perlu agar ibaadah wajib ini dapat kita laksanakan dengan baik dan sempurna. Kesempurnaan solat itu amat penting kerana ia adalah ibadah yang paling utama dalam Islam yang juga merupakan rukun Islam.

 

Reviews

There are yet no reviews for this product.