Umar Al-Khattab Semarak Dakwah Rasulullah S.A.W.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9675274824

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Weight: 0.4000KG
Sales price: RM 16.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang: Najib Kaylani

Penterjemah: Nabila Abd.Jalil

Penyunting: Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 294

Rasulullah S.A.W. pernah berdoa, "Ya Allah, muliakanlah (kukuhkanlah) Islam dengan orang yang paling Engkau cintai daripada kedua orang ini, dengan Abu Jahl bin Hisyam atau dengan Umar bin Al-Khattab." (hadis riwayat At-Tarmidzi).

Orang yang dipilih oleh Allah dan mendapat petunjuk itu adalah Umar bin Al-Khattab. Dengan Islamnya Umar Al-Khattab, telah memberi satu kekuatan dan kemenangan kepada Islam ketika itu. Kaum musyrik Quraisy ketika itu terpukul hebat dengan hidayah yang menyinari Umar Al-Khattab.

Dakwah Islam yang sebelumnya dijalankan secara sembunyi kini dilakukan secara terbuka. Umat Islam sudah mula beribadah secara terbuka di hadapan Kaabah. Islam yang mulanya diperkuatkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dan Hamzah bin Abdul Muttalib kini semakin perkasa lagi dengan keIslaman Umar Al-Khattab. Perasaan tokoh-tokoh besar kaum musyrik Quraisy semakin goyah dan tertekan.

Rasulullah S.A.W. telah menggelarkan Umar dengan gelaran Al-Faruq yang bererti pemisah antara yang hak dan yang batil. Malah di dalam buku hasil karya Michael Hart "100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah", Saiyidina Umar Al-Khattab adalah tokoh yang berada di tangga ke-51, ketokohan dan pengaruhnya bukan sahaja dikagumi dan dikenali oleh orang Islam bahkan orang bukan Islam.

Reviews

There are yet no reviews for this product.