Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789675274947

In Stock - 99  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Weight: 0.6900KG
Sales price: RM 30.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang: Syeikh Muhammad Said Mursi

Penterjemah: Azlina Roslan

Penyunting: Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 569

Sumbangan tokoh-tokoh ini begitu besar untuk semua umat Islam dan dunia amnya. Tamadun yang agung dibina oleh tokoh-tokoh yang hebat. Tokoh-tokoh yang hebat lahir dari pegangan atau kepercayaan yang syumul. Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh yang melakarkan kegemilangan dan kejayaan dalam tamadun dan sejarah dunia. Mereka juga telah mewarnai landskap dunia penuh dengan warna-warna gemilang dalam peradaban dan ketamadunan manusia.

Tamadun Islam gemilang bukanlah hanya dengan gahnya bangunan yang reka bentuknya Islam. Ia bukan juga terkenal kerana luasnya empayar yang dibina. Sebenarnya tamadun Islam gah dan terkenal kerana tokoh-tokoh besar yang pakar dalam bidang tertentu telah dilahirkan.

Tokoh-tokoh besar Islam ini bukan sahaja pakar dalam bidang agama malah dalam semua bidang yang berkaitan hal-hal keduniaan. Ilmu-ilmu yang disumbangkan oleh tokoh-tokoh ini amat berharga dan relevan. Ia menjadi kajian serta rujukan bukan sahaja umat Islam bahkan bukan Islam masa kini.

Namun ramai juga di kalangan kita yang tidak mengenali mereka. Ini mungkin kerana kurangnya pendedahan atau sumber rujukan dan bahan bacaan berkenaan tokoh-tokoh Islam ini. Buku ini boleh diumpamakan sebagai rujukan untuk semua dalam mengenali tokoh-tokoh Islam. Ia bukan sahaja untuk mengetahui dan mengagumi kehebatan dan jasa mereka. Tetapi kisah dan ketokohan mereka mampu memberi inspirasi dan motivasi untuk semua dalam membina masyarakat dan tamadun yang hebat dan berjaya.

Reviews

There are yet no reviews for this product.