Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789670268804

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Weight: 0.5150KG
Sales price: RM 28.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Imam Ahmad Ibnu Nizar

Alih Bahasa : Nabilah Abd. Jalil

Muka Surat: 504

Kenali dan kagumilah para penakluk dan pahlawan Islam sepanjang zaman yang telah mewarnai landskap peradaban dunia melalui buku ini.

Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Mungkin ramai dalam kalangan generasi sekarang yang tidak mengenali tokoh-tokoh ini, apatah lagi sejarah mereka. Mungkin kerana dunia hari ini yang arah tuju tokoh pujaan dan idola semakin hedonis sifatnya. Anak muda lebih mengagumi artis, ahli sukan dan tokoh-tokoh semasa yang hebat bagi mereka. Ini bukanlah suatu yang ganjil, kerana ia adalah trend klangan anak muda agar kelihatan tidak ketinggalan dalam kalangan mereka.

Namun sebenarnya tidak salah untuk mengenali sesiapa pun, yang penting dari sudut manakah perspektif akan difokus dan dihalakan. Sekiranya ia bersifat hanya untuk keseronokan dan ketaksuban, maka impak negatifnya akan lebih terserlah dan mungkin mengundang gejala sosial yang membarah. Oleh itu jangan kita lupa bahawa mengenali dan mengagumi jejak langkah tokoh-tokoh Islam yang besar adalah penting. Ia memberikan kita inspirasi tentang semangat juang dan kesungguhan mereka dalam menegakkan syariat, ilmu dan dakwah Islam walaupun menghadapi pelbagai cabran dan dugaan.

Meneladani prinsip, strategi dan semangat para tokoh Islam dimuatkan di dalam buku ini memberikan banyak pelajaran hidup, motivasi dan semangat ke dalam diri anda.

Reviews

There are yet no reviews for this product.