MENCINTAI NABI SAW

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673682423

In Stock - 100  ITEMS

Product Dimensions and Weight

Product Weight: 0.4300KG
Sales price: RM 22.00
Price / kg:

Keistimewaan para Sahabat Nabi S.A.W sudah jelas termaktub di dalam Al-Quran mahupun di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. Baginda S.A.W. bersabda yang bermaksud "Berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah Ar-Rasyidin; pegang eratlah sunnah itu dengan gigi geraham kamu semua." - (HR Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan selain mereka).

Di sini menunjukkan betapa Nabi Muhammad S.A.W. telah memuji para sahabatnya kerana mereka merupakan generasi yang paling mulia dan menjadi contoh ikutan kepada manusia. Mereka merupakan suri teladan serta pejuang Islam yang tidak ada tolok bandingnya. Oleh kerana itu, wajib bagi umat hari ini untuk menghormati sahbat-sahabat Rasulullah S.A.W. dan menjadikan mereka sebagai idola dan ikutan dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran masa kini.

Namun mutakhir ini, kredibiliti dan maruah mereka tercalar dengan pelbagai bentuk dan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa berselindung sama ada dari dalam mahupun dari luar Islam. Oleh itu tampilnya buku ini bagi membersihkan segala fitnah yang telah merosakkan nama baik mereka dan memperbetul kembali negatif masyarakat terhadap golongan sahabat yang sentiasa dimuliakan Allah SWT.

Reviews

There are yet no reviews for this product.